pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tragedi: Kanak-Kanak "12 Tahun" Mati Lemas Dalam Kolam Renang Hotel
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SUNGAI PETANI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun lemas ketika mandi di kolam renang di sebuah hotel dekat sini hari ini. ...
SUNGAI PETANI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun lemas ketika mandi di kolam renang di sebuah hotel dekat sini hari ini.
Bapa mangsa, Mohd Fazlan Mohd Hashim, 37, berkata anaknya Nor Alyaa Zafirah mandi di kolam itu selepas selesai mengikuti satu program anjuran Sekolah Kebangsaan Khir Johari di sini.
Sementara itu, seorang guru sekolah berkenaan berkata hampir 60 murid mengikuti program Celik Minda yang dianjurkan setiap tahun bagi mendedahkan teknik menjawab soalan peperiksaan.
Seperti biasa, beliau berkata mereka akan dibenarkan untuk mandi di kolam renang apabila program tamat, bagaimanapun tidak semua murid turun ke kolam. Kebanyakannya dibawa pulang oleh ibu bapa masing-masing.
“Kesemua mereka diawasi dengan rapi oleh kami malah kami sudah pun membunyikan wisel untuk memanggil semua murid naik.
“Bagaimanapun Encik Fazlan (bapa mangsa) mahu anaknya diberikan tempoh masa untuk berada di kolam renang dan berkata akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Nur Hafizah Mohammad Lokman berkata bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.48 malam dan jentera pertama tiba di lokasi kira-kira 4 minit kemudian.
“Ketua operasi bersama lapan lagi pegawai bomba bergegas ke lokasi kejadian dan didapati mangsa lemas telah diangkat naik dari kolam oleh orang awam.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan operasi tamat pada pukul 8.06 malam,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top