pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tuan Ibrahim: Rafizi Berniat Jahat Untuk "Memburukkan" Imej PAS !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
MACHANG: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menganggap pendedahan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli terhadap parti itu me...
MACHANG: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menganggap pendedahan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli terhadap parti itu menerusi akuan bersumpah berhubung penerimaan sumbangan daripada SRC International Sdn Bhd kelmarin sebagai gangguan semata-mata.
“Apa yang disebut kononnya kaitan (Datuk) Ustaz Nasharudin (Mat Isa) terima dana, beliau dah tak bersama dengan pimpinan PAS sejak 2011, dan bagi kami dia (Nasharudin) tak ada kena-mengena dengan PAS pun.
“Tuduhan Rafizi ini hanya tuduhan jahat untuk merosakkan nama baik PAS,” kata beliau dipetik Bernama.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kelantan kali ke-58 yang turut dihadiri Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari di Pulai Chondong di sini, hari ini.
Dalam kenyataan hari ini, Rafizi menyarankan Nasharudin, bekas timbalan presiden PAS, membuat mengisytihar menggunakan kaedah akaun berkanun semua hartanya setiap tahun bermula dari 2012 hingga 2017.
Beliau berkata sementara menunggu proses saman yang mungkin memakan masa, beliau sarankan Nasharudin mengambil jalan lebih mudah dan membuktikan kebenaran.
Saranan beliau itu susulan penafian Nasharudin semalam menolak dakwaan beliau pernah menerima sejumlah wang berkait 1MDB, menyifatkan tuduhan yang terkandung dalam akuan berkanun Rafizi sebelum ini sebagai tidak berasas.
Tuduhan itu katanya tidak ada kaitan dengan dirinya, berunsur fitnah dan berniat jahat terhadapnya PAS.
Bagaimanapun Rafizi yakin dengan maklumat yang diterima dan mengakui mengisytihar hartanya melalui akuan berkanun sepanjang masa.
Sementara itu, Ahmad Fadhli berkata setakat ini, hanya Dewan Pemuda PAS kawasan Tumpat sahaja yang memberi usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR dan ia akan dibahaskan sebelum diputuskan oleh muktamar hari ini.
“Muktamar (Dewan Pemuda PAS Kelantan) akan putuskan untuk meluluskan usul ini atau ia diserah kepada pihak-pihak tertentu di dalam parti untuk diputuskan,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top