pahangdaily pahangdaily Author
Title: Jangan Mengganggu Kelantan Jika Tak Nak Tiga Penjuru Pada PRU14 !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
HULU LANGAT : PAS hari ini mahu PKR dan Pakatan Harapan supaya jangan mengganggu Kelantan dan “kerusi tradisi” PAS yang lain. Timbalan...
HULU LANGAT: PAS hari ini mahu PKR dan Pakatan Harapan supaya jangan mengganggu Kelantan dan “kerusi tradisi” PAS yang lain.
Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian di himpunan PAS Selangor di Kuala Kubu Baru hari ini.
“Jangan ganggu kerusi PAS. Bila ada kerusi PAS diganggu, kita bebas bertanding mana-mana termasuk kerusi PKR, Amanah dan mana-mana parti dalam PH,” kata Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man.
“Saya tengok banyak gangguan misalnya nak serang Kelantan, dan Amanah nak tanding di Shah Alam. Kita akan pertahankan kerusi di Shah Alam sebab mereka menang atas tiket PAS.”
Beliau memberi peringatan itu beberapa hari sebelum PAS membawa usul memutuskan hubungan dengan PKR pada muktamar 27 April nanti.
Sementara itu, semua perbincangan antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) belum dilaporkan membawa hasil. Pakatan pembangkang mahu PAS bersama rancangan memastikan pertandingan 1 lawan 1 melawan BN pada pilihan raya akan datang. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top