pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tun Mahathir Dakwa Kawannya Di Serang Kononnya Tak Bayar Cukai
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM : Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggandakan tekanan kepada golongan yang menentang beliau terma...

SHAH ALAM: Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggandakan tekanan kepada golongan yang menentang beliau termasuk menyalahgunakan jabatan kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata ini termasuk memburu rakan beliau yang didakwa kononnya tidak membayar cukai pendapatan di masa lampau
“Di bawah Najib tiada kebebasan, bahkan sekarang ini semua kawan-kawan saya diserang oleh LHDN kononnya tak bayar cukai tetapi bila resit bayaran mereka kata, oh tidak, tidak ini 1981 kamu belum bayar cukai. Kena bayar. Ini tidak berlaku di zaman saya,” kata Mahathir.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis program ‘Hard Talk’ Ganti Debat di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di sini, malam tadi.
Jelasnya, keadaan ini membuktikan Najib semakin terdesak untuk mempertahankan kuasa dan sekaligus melindungi penyelewengan pentadbiran beliau.
Katanya, selain penindasan dan penyelewengan, pentadbiran Najib turut melakukan pembaziran yang besar ekoran melantik terlalu ramai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top