Yusri Yusof Di Pilih Yang Dipertua (YDP) DPPM Pahang Yang Baharu


KUANTAN: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang kini diteraju oleh Yang Dipertua (YDP) Baharu iaitu Yusri Yusof selepas menang dalam pemilihan yang diadakan sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke 42, semalam.

Yusri Yusof yang menjawat jawatan Naib Yang Dipertua DPMM Pahang sebelum ini  mengalahkan YDP, Datuk Rahman Daud

Timbalan YDP pula disandang oleh Wan Alhamdulillah Wan Abd Rahman dan Naib YDP pula dipegang oleh Yusrizal Omar.

Yusri berkata, melalui kepimpinan baharu itu, beberapa penambahbaikan akan dilaksanakan agar pertubuhan itu dapat memperjuangkan kebajikan ahli-ahli.
Menurutnya, selain mengatur pelbagai program untuk manfaat ahli, DPMM Pahang juga akan menjalin hubungan baik dengan kerajaan negeri.

“Menerusi  kerjasama erat dengan semua agensi kerajaan diharap dapat membantu ahli DPMM Pahang mendapat faedah pembiayaan dan peluang baharu untuk memasarkan produk masing-masing.

“Seterusnya dapat meletakkan DPMM sebagai organisasi yang disegani dan dihormati seperti tahun 90an dulu,” katanya .

Yusri berkata, penstrukturan semula kembali pentadbiran akan dilakukan supaya organisasi itu lebih mantap bersesuaian dengan kecanggihan teknologi dan zaman digital.

Jelasnya, dalam tempoh dua tahun ini, pihaknya akan melangsaikan hutang sedia ada selain  mengurangkan hutang yang ditanggung DPMM ekoran beberapa kelemahan sebelum ini.

“Saya memohon agar kerajaan negeri melihat serta memberi peluang kepada kepimpinan baru untuk membangunkan kembali DPMM dan terbuka untuk menjalinkan sebarang kerjasama pada masa akan datang,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]