pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ahmad Awang: "Saya Lawan Hadi Kerana Desakan Akar Umbi PAS !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang berkata tindakannya mencabar kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berad...
PETALING JAYA: Bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang berkata tindakannya mencabar kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berada dalam PAS dulu adalah atas desakan akar umbi parti, lapor Sinar Harian.

Penasihat umum Amanah itu berkata beberapa perwakilan tidak berpuas hati dengan Hadi dalam beberapa isu seperti pendiriannya dalam Langkah Kajang dan keputusan PAS memutuskan hubungan dengan DAP.
Ahmad mencabar Hadi untuk jawatan presiden pada muktamar tahun 2015, tetapi tewas, menerima 233 berbanding Hadi yang menerima 928 undi.
“Kebanyakan pemimpin kata kalau bukan ulama, tak payah calonkan untuk tentang Hadi dan disebabkan itu mereka datang berjumpa saya,” kata Ahmad yang pernah memimpin Persatuan Ulama Malaysia.
Beliau berkata sebelum bertanding menentang Hadi, beliau sudah 5 tahun meninggalkan pimpinan parti dan sedang berusaha mendirikan rumah anak yatim di Bagan Serai.
Ahmad berkata tujuan bertanding pada masa itu untuk memberi kejutan kepada Hadi supaya presiden PAS itu boleh kembali kepada asal dan bermuhasabah diri.
“Saya rapat dengannya dulu, malah turut panggil dia (Hadi) ‘Ayah Chik’ dan sudah tentu kalau saya bertanding, mesti dia akan fikir ada benda yang tidak kena.” #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Wednesday, May 31, 2017 2:11:00 PM

Nak tanya. Ayah chik apa kabo. Dah keluar IJN ke. Sihat ke tak sihat lagi.

 
Top