pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ahmad Maslan Mahu, Pemimpin BN Saman "Fitnah" Media Sosial !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno dan Barisan Nasional disaran supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang memfitnah...
KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno dan Barisan Nasional disaran supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang memfitnah mereka di media sosial.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Ahmad Maslan berkata selain memberi peringatan tegas kepada masyarakat untuk lebih bertanggungjawab, tindakan itu juga dapat mewujudkan suasana media sosial yang lebih harmoni dan beretika.
“Kalau sekadar perli atau sindiran tu biasalah. Orang politik mana yang tidak disindir. Tapi kalau mereka fitnah, saya harap pemimpin Umno dan Barisan Nasional saman. Saya pun kalau difitnah lepas ni, saya akan saman,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar Etika Media Sosial (E-Mas) anjuran Biro IT Umno di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.
Sementara itu, Ahmad yang juga ketua Biro IT Umno berkata pasukan “cyber troopers” Umno di 191 bahagian perlu sentiasa memegang prinsip “perang dengan fakta, bukan dengan fitnah”.
Katanya setiap tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap parti itu di media sosial perlu dibalas sebaik mungkin, namun mestilah bersertakan fakta.
Terdahulu, dalam ucapan perasmian, Ahmad berkata berdasarkan statistik Laporan Insiden Keselamatan Siber Am dari 2012 hingga 2017, terdapat 51,401 kesalahan direkodkan.
Ia termasuk kes penipuan di internet sebanyak 20,437; pencerobohan (12,509); “spam” (9,236); gangguan siber (2,374) dan kes berkaitan kandungan (194).
Seminar itu yang julung kali diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-71 Umno adalah bertujuan mendidik masyarakat, sekali gus memerangi fitnah di media sosial. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top