pahangdaily pahangdaily Author
Title: AMK: 'Jangan Pilih Bulu', SPR Patut Urus Pilihan Raya Bebas Dan Adil !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) perlu bertindak sebagai sebuah suruhanjaya bebas, profesional dan adil tanpa melindu...

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) perlu bertindak sebagai sebuah suruhanjaya bebas, profesional dan adil tanpa melindungi kepentingan mana-mana parti politik.
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Tan Kar Hing, berkata, tanggungjawab itu sebagai sebahagian daripada usaha mengekalkan prinsip demokrasi negara melalui sistem pilihanraya adil.
"SPR sepatutnya bertindak sebagai institusi kerajaan yang dipertanggungjawabkan memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihanraya bebas dan adil.
“Untuk itulah memerlukan SPR menjalankan tanggungjawab secara telus dengan menguruskan pendaftaran pemilih dan perjalanan pilihanraya secara profesional,” katanya dalam kenyataan.
Beliau dalam kenyataannya mengulas tindakan pemberhentian edaran Rang Daftar Pemilih (RDPT) baru-baru ini yang menyukarkan parti politik mengesan penipuan dalam sistem undi pada pilihanraya depan.
Ahli Dewan Negeri Simpang Pulai itu berkata, SPR kini lebih mengamalkan sikap pilih bulu berpandukan kepada dasar sedia yang kini didakwa berpihak kepada parti politik tertentu.
Katanya, ia dibuktikan menerusi tindakan sabotaj dilakukan suruhanjaya itu sejak 2013 yang menyebabkan fungsi sebenar agensi itu semakin diragui umum.
“Antara yang paling jelas termasuklah pembatalan perlantikan penolong pendaftar pemilih ARO parti politik, proses persempadan semula, pembatalan program pendaftaran pengundi dan pemberhentian edaran RDPT baru-baru ini,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top