pahangdaily pahangdaily Author
Title: Desas Desus MCA Ganti UMNO Di Kuantan, Makin Kuat Kedengaran
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
Gendang pilihan raya kini semakin dekat seolah-olah menenggelamkan ketibaan Hari Raya Aidil Fitri. Rata-rata pihak kini berpendapat, pil...

Gendang pilihan raya kini semakin dekat seolah-olah menenggelamkan ketibaan Hari Raya Aidil Fitri. Rata-rata pihak kini berpendapat, pilihan raya umum ke-14 dijangka akan diadakan antara bulan Julai hingga September 2017 ini.

Ia berdasarkan kepada situasi semasa yang dilihat menjurus ke arah itu, termasuk serangan bertalu-talu media arus perdana terhadap parti pembangkang, terutamanya Pakatan Harapn (PH). Justeru, semua pihak kini sedang mengintai calon-calon yang paling sesuai untuk bertanding di sesuatu kawasan.

Paling menarik untuk diperkatakan ialah kerusi Parlimen P.083 Kuantan. Kerusi yang dimenangi dua penggal oleh Fuziah Salleh (PKR) itu kini semakin panas. Fuziah yang dijangka berhadapan dengan laluan sukar untuk mempertahakan kerusi tersebut, kini mungkin agak selesa apabila desas-desus mengatakan MCA akan bertanding semula di situ menggantikan UMNO, bagi mewakili Barisan Nasional (BN).

Kini terdapat perkabaran dalaman mengatakan MCA sedang giat melobi semula kerusi tersebut selepas dua kali UMNO gagal untuk merampasnya dari PKR. Sebagai pertukaran MCA sedia melepaskan kerusi Parlimen P.080 Raub kepada UMNO pada PRU-14 ini.

Difahamkan, gerak kerja UMNO di Raub juga sudah rancak bermula biar pun tiada pengumuman rasmi tentang hal ini. Manakala itu dipihak UMNO Kuantan pula, kini sedang mencongak siapakah calon sesuai untuk bertanding di situ. Jika UMNO bertanding maka PKR pasti berhadapan laluan sengit, namun jika MCA yang bertanding maka senarionya sudah pasti berbeza.

Apapun, khabar angin ini pasti menggusarkan sebahagian besar jentera UMNO di Parlimen Kuantan. Mereka sudah bekerja lama untuk turun padang bagi mendekati rakyat sebenarnya. Undi protes pasti berlaku jika kerusi tersebut ditandingi semula oleh MCA. Namun harus diingat, MCA pernah memenangi kerusi parlimen itu menewaskan Fuziah ketika ia ditandingi oleh Dato' Fu Ah Kiow sebelum ini.

Senarionya pasti berbeza jika berlaku pertandingan tiga penjuru, dimana PAS turut meletakkan calon mereka. PAS sebagai Gagasan Sejahtera dikatakan berminat untuk bertanding kerusi tersebut pada PRU-14 ini. Jika ini berlaku, peluang PAS untuk menang juga cerah berdasarkan sokongan rakyat akar umbi terhadap parti itu sekarang.

Sama-sama kita nantikan senario ini, apakah Parlimen P.083 akan ditandingi oleh MCA atau pun kekal kepada UMNO. Apapun, kerusi tersebut pasti menyaksikan pertembungan sengit pada kali ini. Siapa pun bertanding, hanya calon yang dekat dihati rakyat sahaja akan menjadi pilihan. #pdonews

Advertisement

Post a Comment

 
Top