pahangdaily pahangdaily Author
Title: Enggan Buka Semula Siasatan Kes 1MDB, Hasan Patut Letak Jawatan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Datuk Hasan Arifin wajar meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Kira-kira Wang Negara (PAC) ekoran sikap berdiam diriny...

KUALA LUMPUR: Datuk Hasan Arifin wajar meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Kira-kira Wang Negara (PAC) ekoran sikap berdiam dirinya berhubung keputusan kes timbangtara antara 1MDB dan International Petroleum Investment Corporation (IPIC).
“Dia (Hasan Arifin) patut memberi laluan kepada individu yang sekurang-kurangnya serius tentang integriti, kebertanggungjawaban dan bersedia untuk menjawab kepada rakyat Malaysia,” ujar Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam kenyataan.
Tony berkata demikian sebagai mengulas keengganan Hasan Arifin membuka semula siasatan PAC terhadap syarikat bermasalah milik negara itu ekoran perkembangan terbaru melibatkan keputusan kes timbangtara di London.
Hasil keputusan itu, IPIC akan menerima bayaran berjumlah US$1.205 bilion, manakala 1MDB dan Kementerian Kewangan akan bertanggungjawab ke atas faedah masa depan dan bayaran pokok bagi bon bernilai US$3.5 bilion yang sebelum ini dijamin IPIC.
Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP, dalam kenyataannya sebelum ini mendakwa rakyat Malaysia terpaksa membayar dua kali ganda hutang yang ditanggung 1MDB kepada IPIC.
1MDB sebelum ini kerugian AS$3.51 bilion melalui pembayaran kepada Aabar Investments PJS Limited (BVI) – sebuah syarikat yang didakwa sebagai anak syarikat IPIC.
Bagaimanapun, menurut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ), BVI sebenarnya adalah syarikat palsu yang mempunyai nama hampir sama dengan anak syarikat IPIC, Aabar Investment PJS (Aabar).
IPIC menafikan BVI sebagai anak syarikatnya sehingga menimbulkan pertikaian antara 1MDB dan syarikat Abu Dhabi itu dan seterusnya membawa kepada kes timbangtara. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top