pahangdaily pahangdaily Author
Title: Hadi Awang: Insya Allah, "Rakyat Faham" Kerjasama "PAS-UMNO" !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
MARANG: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui kehadiran beliau pada majlis pelancaran program tukun tiruan oleh Menteri Pert...
MARANG: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui kehadiran beliau pada majlis pelancaran program tukun tiruan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam adalah permulaan kepada politik matang antara parti itu dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Marang itu turut berterima kasih kepada Shabery atas undangan untuk menghadiri program tersebut.
“Terima kasih kerana beri peluang untuk saya sama-sama menyertai program ini yang sangat bermakna untuk semua, untuk orang politik, dapat kembali semula kepada politik matang.
“Kerjasama hari ini (PAS dan Umno) adalah politik matang, politik yang tidak berkelahi, politik kepentingan bersama. Politik boleh berbeza pendapat tapi untuk apa sahaja isu kepentingan rakyat, kita mesti bersama,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan proses melabuhkan tukun tiruan iaitu kerangka pelantar minyak milik Petronas yang dileraikan di perairan Pulau Kapas, semalam.
Ditanya sama ada kerjasama Umno dan PAS itu akan menimbulkan persepsi negatif dan perasaan kurang senang pihak tertentu, Hadi berkata ia akan difahami oleh mereka terutama rakyat di peringkat akar umbi.
“Insya Allah rakyat akan faham bila rakyat menyedari yang kepentingan dan hak mereka dijaga dengan baik. Rakyat boleh berfikir dengan matang di dalam perkara ini kerana pelaksanaan secara praktikal itu lebih penting berbanding teori. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top