pahangdaily pahangdaily Author
Title: PAS Di Nasihat Tak Cakap "Pusing-Pusing", Tidak Perlu Heret Istana !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali menasihatkan PAS supaya tidak bercakap ‘pusing-pusing’ dengan mengatakan hanya Sultan Selangor berhak me...
KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali menasihatkan PAS supaya tidak bercakap ‘pusing-pusing’ dengan mengatakan hanya Sultan Selangor berhak mengarahkan 3 exco mereka meletak jawatan.

Presiden Perkasa itu berkata 3 exco terbabit – Datuk Iskandar Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib – perlu berani meletak jawatan jika mahu maruah PAS dipandang tinggi.
“3 exco PAS di Selangor patut letak jawatan mereka dan tidak perlu berdolak dalik mengatakan pegang jawatan itu atas mandat rakyat.
“Jangan guna institusi Diraja untuk selindung. Mana mungkin dah cerai tetapi duduk satu rumah. Ini dah jadi khalwat politik,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa.
PAS pada sidang medianya hari ini menegaskan exconya tidak akan berganjak dari tempat mereka selagi tidak diarah berbuat demikian oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan berkata mereka akan mengabaikan sebarang arahan letak jawatan daripada menteri besar kerana exco mereka dilantik dan menjalankan tugas atas perkenan sultan.
Menurut Takiyuddin, ketetapan itu dibuat berdasarkan kepada perlembagaan dan undang-undang negeri.
Laporan Azmin meminta exco PAS melepaskan jawatan mereka bagaimanapun dinafikan setiausaha politik kepada menteri besar, Mat Suhaimi Shafie.
“Itu ‘spin’. Sepanjang pengetahuan saya, ia tidak berlaku,” katanya.
Ibrahim berkata keputusan PAS memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR sudah mengambarkan kedua-dua parti itu tidak sehaluan.
“Saya percaya jika PAS letak jawatan, parti itu akan dipandang tinggi dan maruah PAS juga. Selebihnya biar rakyat menilainya. Tak perlu dolak dalih,” katanya.
PAS mempunyai 3 exco dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan ramai ahli majlis di peringkat kerajaan tempatan. Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor Mohd Shafie Ngah juga daripada PAS.
Muktamar PAS sebulat suara meluluskan usul memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR pada 30 April lepas. Keputusan diluluskan Majlis Syura Ulama PAS Khamis lepas. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Hadigol said... Tuesday, May 16, 2017 2:15:00 PM

masa nk putus dgn pkr.. tak pulak minta restu istana

masa ditekan suruh letak jawatan.. eeehh babitkan istana

sedangkan menteri besar itu dgn restu istana... pas
yg seolah derhaka dengan MB yang direstu istana.

klu nk kira budi kerana menyokong azmin semasa nk jadi MB,
azmin sudah melayan exco2 pas dengan baik. malah exco2 pas
itu kita percaya baik dan professional kerana mereka
dlm Selangor.

malangnya pemimpin pas dok dlm ceruk hujung marang tu.. yg
tidak terbuka dan tidak terdedah dgn profesionalisma
perbandaran seperti Selangor.

budaya dendam dan permusuhan cuba diterap dlm pas.

betul Ibrahim ali ckp.. pas tkde pendirian. apa guna wala
dan istiqomah kalau tkde pendirian. tu tak istiqomah lah.

sebenarnya pas dikehendaki ikut saja telunjuk hadi awing
seorang saja.

pas lupa, umno pun berhati2 dgn pas. sebb org yg curang dgn
rakan seperjuangan pasti boleh curang dgn bekas musuh lama
mereka.

kalau pas kata tahaluf siasi hanya dalam kebaikan, maka jika
enggan letak jawatan di Selangor bermakna kerajaan Selangor
sedang dilandasan yang betul. klu dh betul kenapa pula pas pusat
suruh putus tahaluf.

pas parti gila tak tentu hala.

diakhirat kita digambarkan oleh islam bahawa dibangkitkan org yg
terlibat riba seperti layaknya org gila dirasuk syaitan. riba tu
boleh jadi juga berunsur DEDAK !

 
Top