pahangdaily pahangdaily Author
Title: Isu Lobi: Rafizi "Cabar", Najib Buat Laporan Polis Bersihkan Namanya
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini mencabar Datuk Seri Najib Razak membuat laporan polis jika benar beliau dan kera...
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini mencabar Datuk Seri Najib Razak membuat laporan polis jika benar beliau dan kerajaan Malaysia tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk melobi kepentingan negara di Amerika Syarikat (AS).
“Jika benar kenyataan media Pejabat Perdana Menteri semalam, kerajaan Malaysia tidak tahu menahu mengenai perkara ini, maka Najib perlu membuat laporan polis serta merta ke atas (individu bernama) Goh kerana telah melakukan jenayah menggunakan nama kerajaan Malaysia tanpa kebenaran dan menyamar mewakili kerajaan Malaysia,” kata beliau.
Dalam kenyataan media susulan dikeluarkan hari ini, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, beliau berharap Najib sedar yang perkara melobi kepentingan negara akan terus mendapat perhatian di AS dan juga Malaysia.
“… seterusnya mencemarkan lagi reputasi beliau yang sudah pun tercemar.
“Beliau tidak boleh beranggapan dengan memberi kenyataan mudah seolah-olah syarikat Godfrey Group dan Goh telah ‘menderma’ (sekali lagi) demi kebaikan kerajaan Malaysia tanpa pengetahuan beliau, perkara ini akan hilang begitu sahaja.”
Rafizi berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Pejabat Perdana Menteri semalam menafikan laporan yang mengatakan kerajaan Malaysia membayar sebuah syarikat milik bekas pegawai kempen Presiden Donald Trump untuk melobi kepentingan negara.
“Pejabat Perdana Menteri mahupun kerajaan Malaysia tidak pernah mengarah, melantik atau memberi kontrak dalam sebarang bentuk kepada Godfrey Group Ltd, The 45 Group atau Healy Baumgardner-Nardone,” kata kenyataan oleh setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.
Portal berita AS, The Daily Beast melaporkan syarikat The 45 Group milik Healy Baumgardner-Nardone, yang pernah menyertai pasukan kempen Trump, mengisytiharkan menerima AS$250,000 (RM1.07 juta) daripada sebuah syarikat beralamat di Johor Bahru dan juga Pejabat Perdana Menteri.
Ia terkandung dalam pengisytiharan wajib di bawah Akta Pendaftaran Ejen Asing, di mana sesiapa yang terlibat melobi penjawat awam AS perlu mendedahkan butiran kepada Jabatan Kehakiman AS (DoJ).
Bayaran itu dibuat pada 9 Mei, 2017, menurut borang rasmi difailkan Nardone.
The Daily Beast turut melaporkan Malaysia kini berdepan 2 isu dalam hubungannya dengan Washington iaitu mengenai tuduhan Malaysia terlibat amalan perdagangan berat sebelah yang merugikan AS, dan tindakan pihak berkuasa AS berkenaan skandal 1MDB.
Sebelum ini, Rafizi dan Wong Chen mempersoalkan keperluan pentadbiran Najib untuk melobi Trump, dan sama ada syarikat itu dimiliki kerajaan.
Carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat itu tidak wujud, sebaliknya terdapat sebuah syarikat yang hampir serupa namanya didaftarkan, dimiliki seorang lelaki Cina berusia 70 tahun.
Dalam kenyataan hari ini, Rafizi juga menyeru supaya Najib berterus terang dan menyatakan sama ada The 45 Group, yang dimiliki bekas pembantu Presiden Donald Trump, telah berbohong apabila menamakan perdana menteri sebagai pegawai kerajaan Malaysia yang berurusan dengan Nardone.
“Jika Nardone telah berbohong dalam pengisytiharan kerja melobi yang difailkan sehingga mengheret nama Najib, maka kerajaan Malaysia perlulah dengan serta-merta mengambil tindakan undang-undang terhadap Nardone dan memaklumkan secara rasmi kepada kerajaan AS bahawa pengisytiharan yang difailkan adalah tidak benar.”
Selain itu, beliau juga menggesa Goh memberi keterangan terbuka secepat mungkin siapa yang menyuruh beliau melantik bekas pembantu Presiden Trump melobi kerajaan AS bagi pihak Pejabat Perdana Menteri.
Selain itu katanya, Goh dengan segera menyatakan dari mana dana AS$250,000 diperolehi untuk membayar syarikat The 45 Group bagi kerja-kerja melobi bagi pihak kerajaan Malaysia. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top