pahangdaily pahangdaily Author
Title: Isu Periuk Atas Dapur Meletup, Go Shop Keluarkan Kenyataan Maaf !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA : Sedang asyik memasak, tiba-tiba periuk di atas dapur meletup! Pasti menggelabah dan menakutkan bukan? Itulah ...
PETALING JAYA: Sedang asyik memasak, tiba-tiba periuk di atas dapur meletup! Pasti menggelabah dan menakutkan bukan?

Itulah yang berlaku pada sebuah program yang disiarkan sebuah stesen televisyen berbayar, Sabtu lalu yang menjadi tular di laman Facebook.

Untuk makluman, program tersebut dikhaskan bagi mempromosikan barangan yang kebanyakannya adalah peralatan keperluan rumah.

Video berdurasi 21 saat itu menunjukkan seorang chef sedang membuat demonstrasi masakan menggunakan periuk yang dikatakan boleh menjimatkan tenaga sebanyak 80 peratus.

Bagaimanapun periuk yang digunakan itu secara tiba-tiba meletup dan lebih memalukan ia berlaku untuk sebuah program yang disiarkan secara langsung.

Insiden tersebut sekaligus mengundang kencaman netizen yang berasa tertipu dengan kata-kata manis dan kesungguhan pengacara mempromosikan barangan tersebut, malahan menyifatkan ianya tidak seperti apa yang digebangkan.

Berikutan insiden itu, program berkenaan tampil memberi kenyataan dan permohonan maaf secara terbuka di Facebook, yang antaranya berbunyi seperti berikut:

"Berikutan siasatan, Go Shop ingin mengumumkan bahawa insiden yang berlaku ketika tayangan 'Live' kami mempromosikan alat memasak Cuoco Volcanic Rock pada 27 May 2017 di Saluran 118, merupakan kejadian terpencil. Kami ingin memberi jaminan kepada semua pelanggan setia kami bahawa produk tersebut berkualiti tinggi dan selamat untuk digunakan.

"Bagi memastikan keselamatan pelanggan serta penggunaan produk yang betul, kami sedang bekerjasama dengan pengedar produk untuk menyediakan penutup kaca siap dipasang untuk semua pesanan. Di samping itu, untuk manfaat pelanggan, kami juga telah menyediakan video tutorial panduan langkah-langkah pemasangan produk yang betul di laman ShopAtGoShop Facebook dan YouTube.

"Kami memohon maaf sekali lagi atas sebarang kesulitan yang timbul dan memberi jaminan bahawa kami akan terus beriltizam dalam menyediakan pengalaman membeli-belah yang terbaik di Go Shop," tulis mereka. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top