pahangdaily pahangdaily Author
Title: Steven: Jabatan Imigresen Belanja Ratusan Juta, Militan Daesh Tetap Lolos?
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
GEORGE TOWN : Ratusan juta ringgit telah dilabur untuk menaik taraf sistem Jabatan Imigresen, namun masalah kemasukan warga asing secar...

GEORGE TOWN: Ratusan juta ringgit telah dilabur untuk menaik taraf sistem Jabatan Imigresen, namun masalah kemasukan warga asing secara haram ke negara ini masih tidak mampu ditangani secara berkesan oleh kerajaan pimpinan UMNO-Barisan Nasional (BN).

Lebih membimbangkan, kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, mereka yang masuk ke negara ini secara haram adalah terdiri daripada kumpulan militan Daesh.

Beliau merujuk laporan eksklusif akhbar NST yang menceritakan bagaimana Malaysia menjadi tempat longgokan bakal militan Daesh yang kemudiannya ditahan di beberapa negara lain ekoran percubaan untuk menyertai kumpulan pengganas di Syria.

“Laporan berkenaan membayangkan dasar bebas visa bagi negara-negara yang di mana pengganas bergiat aktif sebagai punca.

“Oleh kerana militan Daesh ini, yang mana dicop sebagai ‘berisiko tinggi’, dibenarkan masuk ke Malaysia, pihak polis terpaksa diarahkan untuk menjejaki mereka.

“Persoalan saya ialah: mengapa pihak imigresen membenarkan mereka masuk sejak awal lagi?” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, katanya yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP Pulau Pinang, ia menimbulkan persoalan sama ada wujud campur tangan sindiket atau masalah sistem imigresen atau kedua-duanya yang mengakibatkan perkara yang tidak diingini seperti ini berlaku.

“Dengan sistem yang begitu teruk terus menjadi-jadi, hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Reformasi Imigresen mampu menangani krisis membabitkan imigresen,” ujarnya.

Steven sebelum ini telah membangkitkan banyak isu membabitkan masalah sistem imigresen yang operasinya dipertanggungjawabkan kepada kontraktor yang tidak bertauliah dan bermasalah tanpa melalui proses tender terbuka.

Sebagai contoh, Laporan Ketua Audit pada April 2016 mendedahkan sistem atas talian MyEg telah melanggar undang-undang imgresen dengan membenarkan hampir 9,000 pekerja asing memperbaharui permit mereka secara haram dari 2013 hingga 2014. – Roketkini.com

Tags : ahli parlimen bukit mertajam, Jabatan Imigresen, laporan eksklusif akhbar NST, militan Daesh, MyEG, Pengarah Pendidikan Politik DAP Pulau Pinang, Ratusan juta ringgit, Reformasi Imigresen, steven sim, suruhanjaya siasatan diraja, Syria, UMNO-Barisan Nasional (BN). #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top