pahangdaily pahangdaily Author
Title: Khalid Gesa PBT Henti Pemberian Lesen "Pusat Hiburan Keluarga" !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
MELAKA : Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri agar menghentikan pengel...
MELAKA: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri agar menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga kerana berlaku terlalu banyak salah guna lesen untuk tujuan perjudian.

“Mengapa perlu ada pusat hiburan keluarga tetapi di dalamnya terdapat mesin yang kemudian disalah guna menjadi mesin judi,” katanya pada sidang media di Majlis Perjumpaan Bersama Pegawai-Pegawai Kanan Kontinjen Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Bukit Beruang hari ini.
Beliau berkata adalah tidak adil untuk mana-mana pihak menuding jari kepada polis dalam isu pencegahan judi sedangkan PBT sendiri yang mengeluarkan lesen dan mempunyai peruntukan undang-undang bagi membendungnya.
“Terdapat pelbagai peruntukan di bawah kuasa PBT termasuk menyita premis dan sebagainya. Namun apabila premis hiburan keluarga menyalah guna lesen, mereka (PBT) masih beri masa 3 bulan, 6 bulan mahupun hingga hujung tahun, jadi masalah ini berterusan,” katanya.
Mengenai perjumpaan itu, Khalid berkata ia bertujuan memberi semangat kepada kontinjen Melaka untuk menjalankan tanggungjawab seperti biasa selepas berdepan isu penahanan anggota dan pegawai kanan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top