pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kit Siang Dakwa Ada Usaha Pihak Tertentu Sabotaj Keputusan PRU-14 !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendakwa pihak-pihak tertentu mahu mensabotaj keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14...
PETALING JAYA: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendakwa pihak-pihak tertentu mahu mensabotaj keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) daripada membawa perubahan kerajaan di peringkat nasional.
Tanpa menamakan pihak-pihak terbabit secara langsung, beliau berkata, golongan itu mahu mencapai impian mereka dengan menggunakan pendekatan politik penipuan dan mencetuskan ketakutan dan kebencian di kalangan rakyat pelbagai kaum.
“Mereka secara palsu mendakwa pilihan raya umum akan datang sebagai pertempuran antara orang Melayu dan Cina, sebagai pertempuran antara Islam dan musuh-musuh Islam.”
Beliau yang kini mengetuai program Jelajah Desa berkata, perkembangan itu sesuatu yang amat tidak bertanggungjawab dan berbahaya, dan jika dibiarkan boleh mencetuskan huru-hara di Malaysia.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata demikian ketika pada majlis makan malam ulang tahun ke-51 DAP di Nibong Tebal, semalam.
Sambil menarik perhatian gerakan ke arah PRU14 sudah pun bermula, beliau menambah, terdapat pencetus kerosakan yang mahu mencetuskan huru-hara dengan andaian-andaian palsu kononnya mendakwa pilihan raya umum akan datang sebagai persaingan antara orang Melayu dan Cina, dan antara Islam dan musuh-musuh Islam.
“PRU14 bukan pertempuran antara orang Melayu dan Cina, juga bukan pertempuran antara Islam dan musuh-musuh Islam. PRU14 adalah pertempuran antara rakyat Malaysia mahu menyelamatkan Malaysia daripada kleptokrasi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebagai negara gagal.”
Katanya, persoalan bangsa dan agama tidak terpakai kerana rata-rata sebahagian besar rakyat mahukan keamanan.
“Rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum atau agama berhak menyatakan sokongan mereka jika mereka berdiri untuk sebuah Malaysia yang demokratik, yang berpegang teguh kepada prinsip akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.” #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top