pahangdaily pahangdaily Author
Title: Lim Kit Siang: "Salah Guna Kuasa", Apandi Ali & KPN Harus Di Siasat !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Pendakwaan terhadap bekas pemimpin UMNO, Khairuddin Abu Hassan dan peguam, Matthias Chang mengikut Seksyen 124L, Kanun K...

KUALA LUMPUR: Pendakwaan terhadap bekas pemimpin UMNO, Khairuddin Abu Hassan dan peguam, Matthias Chang mengikut Seksyen 124L, Kanun Keseksaan atas tuduhan mensabotaj institusi kewangan dan perbankan dikecam Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, ia adalah contoh terburuk pendakwaan berniat jahat yang dilakukan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Apandi Ali untuk melindungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada skandal syarikat pelaburan bermasalah milik negara, 1MDB.

“Bagaimana boleh Peguam Negara dan Ketua Polis Negara memilih untuk mendakwa tanpa sebarang bukti dikemukakan kepada mahkamah.

“Apa yang lebih teruk adalah tindakan (kerajaan) sebelum ini yang menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) yang membolehkan seseorang itu ditahan tanpa bicara selama 29 hari terhadap mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan Khairuddin dan Chang daripada tuduhan mensabotaj institusi kewangan dan perbankan negara susulan laporan yang dibuat mereka di luar negara berhubung skandal 1MDB.

Laporan itu dibuat ekoran kecewa dengan keputusan Apandi Ali membebaskan Najib Razak daripada sebarang kesalahan membabitkan skandal 1MDB, ditengah-tengah pendakwaan pihak berkuasa antarabangsa berhubung skandal terbabit.

Mengambil iktibar negara yang mengangkat keluhuran undang-undang dan prinsip pentadbiran yang baik, Kit Siang berkata, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara sepatutnya melepaskan jawatan mereka atau memohon maaf atas tindakan penyalahgunaan kuasa sebegitu.

“Tuduhan yang dikenakan terhadap Khairuddin dan Chang bukan sahaja serius, malah sangat kejam, dengan tuduhan yang membawa maksimum 15 tahun penjara jika disabit kesalahan,” ujarnya mengulas hukuman mengikut Seksyen 124L, Kanun Keseksaan.

Keputusan mahkamah itu juga, kata Kit Siang, membangkitkan persoalan sama ada Peguam Negara dan Ketua Polis Negara menyalahgunakan kuasa untuk melindungi Najib Razak sejak pemecatan secara mengejut Tan Sri Gani Patail.

“Pendakwa raya bebas harus dilantik bagi menyiasat penyalahgunaan kuasa oleh Peguam Negara dan Ketua Polis Negara, sejak Julai 2015 sewaktu Gani Patail dipecat sebagai Peguam Negara dan digantikan dengan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Apandi Ali,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top