pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kontroversi Isu Muka Depan, Dua "Editor The Star" Di Gantung Kerja !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Dua Editor The Star digantung berikutan kegemparan muka depan yang memaparkan umat Islam bersolat tarawih dengan tajuk me...
KUALA LUMPUR: Dua Editor The Star digantung berikutan kegemparan muka depan yang memaparkan umat Islam bersolat tarawih dengan tajuk mengenai keganasan, lapor laman beritanya.
Ketua Pengarang Datuk Leanne Goh Lee Yen dan pengarang eksekutif Dorairaj Nadason digantung kerja sehingga diberitahu kelak.
Star Online juga melaporkan siasatan berhubung kes ini akan dijalankan tidak lama lagi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata akhbar itu disiasat kerana hasutan, menyusuli tindakan kementerian dalam negeri semalam yang memberikan tempoh 7 hari kepada The Star untuk menjawab surat tunjuk sebab mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.
Dalam kenyataannya, muka depan akhbar itu boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, menimbulkan salah faham dan prejudis terhadap orang Islam.
Dorairaj salah seorang dari 4 wakil The Star yang hadir ke KDN bagi memberi penjelasan berhubung muka depan yang disiarkan Sabtu lepas.
Pada Ahad, The Star membuat permohonan maaf di muka depan akhbar itu dan berkata muka depan yang memaparkan tajuk berita mengenai keganasan, diikuti dengan gambar orang bersolat terawih adalah kerana “kesilapan” di pihaknya.
Kumpulan pengarang akan bekerjasama sepenuhnya kepada siasatan pihak berkuasa.
Pengarah Urusan Kumpulan Media Star dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Wong Chun Wai akan menyelia operasi editorial buat masa ini. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top