pahangdaily pahangdaily Author
Title: Lim Guan Eng: PAS Tersesat Jalan, Lupa Mana Satu Kawan Dan Mana Lawan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SEBERANG JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng beranggapan bahawa PAS telah lupa bahawa musuh politik sebenar mereka adalah Bar...

SEBERANG JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng beranggapan bahawa PAS telah lupa bahawa musuh politik sebenar mereka adalah Barisan Nasional (BN) yang banyak melaksanakan dasar melemahkan ekonomi negara dan membebankan rakyat.

“Bagi DAP dan Pakatan Harapan (PH), musuh politik utama masih tetap BN kerana merekalah yang melaksanakan dasar-dasar yang melemahkan ekonomi negara dan membebankan rakyat, seperti GST dan skandal 1MDB.” kata beliau.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan pemimpin PAS yang menganggap DAP sebagai musuh utama dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU) akan datang dalam sidang media semalam.

Menurut Setiausaha Agung DAP itu, hala tuju PAS telah ‘sesat dari segi politik’ kerana tidak konsisten dan tidak jujur dalam memperjuangkan nasib rakyat.

“Kerana ini tidak konsisten, satu pihak (PAS) bercakap menentang GST, tapi dia boleh bersama dengan UMNO.

“GST bukan mula dilaksanakan oleh DAP atau Pakatan, tetapi dilaksanakan oleh BN.

“Jadi, mengapa (PAS) kalau menentang GST tetapi tidak mahu menentang atau menggantikan Barisan Nasional (BN) tapi mensasarkan serangan kepada DAP?” soalnya.

Dalam masa yang sama PAS menunjukkan sikap talam dua muka apabila tidak mempertikai UMNO dalam isu cadangan membina sebuah kasino di Pulau Pinang sebelum ini.

“Mereka (PAS) mainkan politik perkauman, seakan-akan nak timbulkan sentimen ke atas pemimpin bukan Melayu, pemimpin bukan Islam.

“Misalnya, bantahan pembinaan kasino, cadangan itu datang daripada ahli parlimen UMNO tapi ini tak disentuh langsung.

Di sini adalah jelas mereka dari segi perjuangan politik adalah sesat jalan dan lupa siapa kawan siapa lawan. Jika ini tak dapat dibezakan, saya rasa mereka (PAS) memang sudah sesat dari segi politik,” katanya lagi.

Sidang media berkenaan dibuat selepas sesi penerangan isu-isu semasa di sini turut disertai Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd Rashid Hasnon; Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy; Pengerusi Negeri Parti Amanah Negara (AMANAH) Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa dan beberapa lagi pemimpin utama Pakatan Harapan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top