pahangdaily pahangdaily Author
Title: Lima Pengarang, Jurugambar The Star Di Soal Bawah Akta Hasutan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Kenyataan lima pengarang dan seorang jurugambar The Star dirakamkan di Bukit Aman hari ini, berikutan kegemparan muka dep...
PETALING JAYA: Kenyataan lima pengarang dan seorang jurugambar The Star dirakamkan di Bukit Aman hari ini, berikutan kegemparan muka depan akhbar itu Sabtu lepas.

Peguam mereka, Amer Hamzah Arshad, memberitahu sesi tengah hari tadi berlangsung selama 2 jam dan berjalan lancar.
“Kami percaya polis akan menyiasat perkara ini secara adil dan objektif,” katanya.
Menurut Amer, mereka disoal di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan, dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan, di atas alasan agama, suasana yang tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci-membenci atau niat jahat, atau memudaratkan keadaan harmoni atau perpaduan.
Akta Hasutan memperuntukkan penjara sehingga 3 tahun, denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya, manakala Seksyen 298 memperuntukkan penjara sehingga 1 tahun, denda atau kedua-duanya.
Semalam akhbar itu melaporkan 2 editor The Star digantung kerana muka depan yang memaparkan orang Islam bersolat terawih dan tajuk mengenai keganasan.
Tindakan itu selepas kementerian dalam negeri memberi tempoh 7 hari kepada The Star untuk menjawab surat tunjuk sebab mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.
The Star pada Ahad memohon maaf dan berkata muka depan itu adalah kerana “kesilapan” di pihaknya.
Kumpulan pengarang berikrar akan memberi kerjasama penuh kepada siasatan pihak berkuasa. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top