pahangdaily pahangdaily Author
Title: Lima Tahun "Selepas Di Pecat", Dr Hasan Ali "Terima Lamaran" PAS !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Satu masa dulu dikecam kerana cuba mengadakan “kerajaan perpaduan” dengan Umno, bekas naib presiden PAS Datuk Dr Hasan M...
PETALING JAYA: Satu masa dulu dikecam kerana cuba mengadakan “kerajaan perpaduan” dengan Umno, bekas naib presiden PAS Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mengakui ada pimpinan PAS yang mahu beliau kembali kepada parti Islam itu.
Bagaimanapun, Hasan dipetik Sinar Harian berkata beliau sudah tidak meminati politik.
“Saya tidak nafikan, ramai pimpinan PAS dan ahli-ahli PAS mahu saya masuk semula PAS. Tapi saya tidak bagi jawapan pasti. Pada peringkat ini, saya lebih selesa dengan apa yang saya buat,” katanya.
Hasan, bekas exco Selangor yang pernah menjawat Pesuruhjaya PAS Selangor, dipecat daripada PAS pada Januari 2012.Menurut PAS, ia susulan tindakan Hasan yang “menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS”.
Hasan pada waktu itu menimbulkan keresahan pelbagai pihak khususnya di kalangan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat kerana mengambil pendirian bercanggah dengan partinya dan pembangkang.
Antaranya adalah mempersoalkan konsep dasar negara kebajikan yang diterajui PAS dan turut mengecam golongan bukan ulama dalam PAS sambil menuduh parti itu menyeleweng daripada perjuangan Islam.
Selain itu, Hasan turut mempersoalkan kewajaran ahli dan penyokong PAS yang diminta hadir pada perhimpunan “Bebaskan Anwar” walaupun dipersetujui Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang dan timbalannya ketika itu, Mohamad Sabu.
Bekas Exco Hal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu berkata, hubungannya dengan pimpinan PAS masih lagi kekal baik sehingga hari ini.
“Saya masih lagi bertemu rakan-rakan dalam PAS. Hubungan saya dengan pimpinan PAS pun okay. Dan jika boleh ziarah Ustaz Hadi (Presiden PAS) saya mahu jadi yang terawal menziarahinya,” katanya kepada Sinar Harian, merujuk Hadi yang kini berehat selepas menjalani pembedahan.
“Cuma dulu orang tak faham bila saya dikeluarkan daripada PAS. Bila kenyataan saya berkenaan parasit itu menjadi kenyataan, barulah orang faham. Tapi orang yang faham itu sudah pun terlewat,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Wednesday, May 24, 2017 11:20:00 AM

hasan ali dibuang zaman TGNA

nasarudin juga begitu

bila TGNA dh takde... geng UG
ni bermaharaja lela lah dlm pas.

segeralah sertai BN.. jgn buang masa
lagi.

rakyat dh kenal pas sebagai proxy bn.
bn pula masih ragu2 permainan pas.

seolah pas nk tgk sapa yg ke Putrajaya dulu.

pas parti lalang. ckpnya tknk menang
hatinya nk ke Putrajaya kunun sebagai king maker.

klu nk menang takdelah cita2 king maker.

membohong je pas ni... takiyyah syiah

Blogger Contest for Awards | Join Now said... Wednesday, May 24, 2017 9:08:00 PM

You have a great blog and so congratulate to you for helping people. With the BloggerContest.com you are a candidate to win with your website or blog, promote your web page, win prizes and promotions. With the support of our sponsors via we organize our blog competition for the first time in 2017. You can learn more about participation from our website.
You can join, the applications are ongoing.


Web : http://www.bloggercontest.com
Mail : contact@bloggercontest.com
Pbx : +621194802050

 
Top