pahangdaily pahangdaily Author
Title: Maria Dakwa Siasatan Terbaharu Ke Atas Bersih Amat "Keterlaluan" !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah mempertikaikan siasatan terbaharu pihak berkuasa terhadap ahli jawatankuasanya,...
PETALING JAYA: Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah mempertikaikan siasatan terbaharu pihak berkuasa terhadap ahli jawatankuasanya, menyifatkan ia sebagai “keterlaluan” dan gangguan ketika pilihan raya umum semakin hampir.

“Konvoi Bersih berlangsung sejak tahun lepas. Mengapa sekarang baru disiasat? Adakah kerana pilihan raya kamu (polis) mahu dilihat melakukan kerja. Gangguan seperti ini keterlaluan,” katanya.
Awal pagi tadi, Pengurus urusetia Bersih Mandeep Singh, penyelaras pendidikan dan advokasi Zoe Randhawa dan penyelaras Chan Tsu Chong dipanggil polis berhubung pembabitan mereka dalam vigil yang diadakan sebagai tanda solidariti dengan Maria, yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) November lepas.
Menurut notis polis bertarikh 4 Mei 2017, mereka disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).
Naib Pengerusi Bersih Sabah Beverly Joeman juga dipanggil untuk disiasat berkenaan konvoi Bersih di Sabah tahun lepas.
Maria ditangkap pada 18 November lalu, kurang dari 24 jam sebelum himpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur. Beliau ditahan di bawah Sosma untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Bersih mengadakan vigil setiap hari sehinggalah beliau dibebaskan 28 November. Himpunan menyaksikan orang ramai memegang lilin dan plakad mengutuk penahanan tanpa bicara.
Pihak berkuasa juga meminta Maria menjawab dakwaan mengatakan kumpulannya dibiaya hartawan George Soros.
Beliau memberitahu ketika itu mereka tidak menerima sebarang bentuk pembiayaan sejak 2011 dan bergantung kepada sumbangan orang ramai sejak itu.
“Kali terakhir, mereka (pihak berkuasa) menuduh Bersih mengambil RM3.2 juta dana dari hartawan George Soros, dan sehingga hari ini, mereka belum kemukakan bukti,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top