pahangdaily pahangdaily Author
Title: MB: Kerajaan Pahang Akan Keluar "Garis Panduan" Maahad Tahfiz !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang akan mengeluarkan garis panduan kepada semua 80 maahad tahfiz di negeri ini bagi menjaga dan memelihara...
KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang akan mengeluarkan garis panduan kepada semua 80 maahad tahfiz di negeri ini bagi menjaga dan memelihara nasib pelajar, kata Menteri Besarnya Datuk Seri Adnan Yaakob.
Beliau berkata garis panduan itu akan dirangka dengan mengambil kira pandangan pengusaha dan penyelia maahad tahfiz yang bebas mengemukakan idea pada seminar dan dialog bersama kerajaan negeri dalam masa terdekat.
Adnan berkata, garis panduan itu tidak bermaksud kerajaan negeri mencampuri urusan pentadbiran sekolah kerana kuasa autonomi masih terletak pada maahad tahfiz itu.
“Ramai yang buat maahad tahfiz kerana mahu mendapat pahala. Itu perkara yang baik tapi ada masanya dalam berlumba-lumba membuat kebajikan, ada yang tertinggal perkara asas melibatkan pelajar.
“Ini yang kita mahu bantu, membela nasib anak-anak yang ingin jadi penghafal al-Quran.
“Sebab itu perlu satu garis panduan antaranya kokurikulum digunakan, pengurusan, kelayakan akademik pengajar, penyelia dan apa yang difikirkan wajar.
“Penubuhan maahad tahfiz ini kena betul pada asasnya. Kita bimbang nanti penubuhannya tidak sampai ke mana.
“Jangan jadi seperti hidup segan mati tak mahu. Kesian pada anak-anak ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Pahang bersama Pengetua Maahad Tahfiz Negeri Pahang di Masjid Hentian Putra semalam.
Beliau berkata antara aspek lain yang akan dititikberat dalam menyediakan garis panduan itu adalah keselamatan memandangkan isu seperti kebakaran di maahad tahfiz antara yang sering berlaku.
“Kita juga mahu mengekang penularan idea yang tidak tepat khususnya fahaman kumpulan pengganas IS yang diketahui menggunakan agama. Kononnya dapat pahala dengan berjihad,” katanya.
Adnan juga menyatakan hasrat supaya maahad tahfiz mencontohi Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) yang mempunyai pengurusan yang baik dan kokurikulum menyeluruh sehingga membolehkan pelajarnya menjadi golongan profesional menghafal al-Quran.
“Penubuhan MTNP bermatlamat melahirkan golongan teknokrat penghafal al-Quran. Kita lihat ia berada pada landasan yang betul.
“Ini hasrat kita di Pahang supaya lebih ramai golongan seperti ini dapat dilahirkan,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top