pahangdaily pahangdaily Author
Title: Mufti Pahang: Ramadan, Surau Dan Masjid Dua Kali Laungkan Azan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Semua masjid dan surau di Pahang diarah melaksanakan laungan azan sebanyak dua kali pada waktu Subuh sepanjang Ramadan dalam u...

KUANTAN: Semua masjid dan surau di Pahang diarah melaksanakan laungan azan sebanyak dua kali pada waktu Subuh sepanjang Ramadan dalam usaha kerajaan negeri menghidupkan semula sunnah Nabi Muhammad SAW.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, perkara itu mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah baru-baru ini.

"Setelah berunding dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang, ia bersetuju supaya dilaksanakan azan dua kali itu.

"Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) juga telah mengeluarkan surat mengenai pelaksanaan itu untuk diedarkan ke masjid dan surau di seluruh negeri ini, " katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Azan pertama hendaklah dilaungkan setengah jam sebelum masuk waktu Subuh disusuli dengan laungan kedua pada waktu Subuh seperti yang ditetapkan.

Selain menghidupkan semula sunnah Rasulullah,  ia juga membantu mengejutkan umat Islam dari tidur bagi membuat persediaan bersahur.

"Perkara ini juga dilaksanakan di negara-negara Arab," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top