[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Mustapa: Dakwaan Ekonomi Kini Merudum, Hanya Khabar Angin !

JELI: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang ekonomi Malaysia akan merudum menjelang September depan.
Beliau berkata, dakwaan itu hanyalah khabar angin memandangkan negara sedang bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Mustapa berkata, setakat ini, tiada pihak yang mampu membuat unjuran tepat terhadap ekonomi negara walaupun terdapat beberapa perkembangan global yang berlaku di luar jangkaan.
“Yang pastinya ekonomi dunia (dan Malaysia) bertambah baik. Rekod perdagangan kita menunjukkan pada suku pertama tahun ini berkembang kira-kira 23% dan merupakan rekod tertinggi sejak 2010.
“Kita tak pernah jangka ia berlaku. Saya tak nampak apa-apa perubahan dalam landskap pelaburan dan perdagangan (ketika ini), malah dari sudut pelaburan ia meningkat begitu ketara,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Istiadat Konvokesyen ke-4 Politeknik Jeli yang turut dihadiri Pengarahnya, Wan Azlan Wan Ismail hari ini.
Seramai 136 pelajar dalam jurusan Diploma Agroteknologi dan Akuakultur menerima sijil dalam bidang masing-masing pada majlis tersebut. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]