Arul Kanda Akan Di Kekal Sebagai "Ketua Pegawai Eksekutif" 1MDB !

BEIJING: Arul Kanda akan terus kekal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan akan turut terlibat dalam pembangunan ikonik Tun Razak Exchange (TRX), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
“Saya yakin sepenuhnya terhadap beliau,” katanya.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, Arul Kanda mempamerkan kepimpinan yang baik bagi menyelesaikan rasionalisasi 1MDB dan beliau akan terus bersama syarikat itu.
Perdana menteri berkata demikian kepada pemberita Malaysia pada hari terakhir forum “Belt and Road Forum for International Cooperation” selama 2 hari di sini.
Sementara itu tanggungjawab bagi projek pembangunan Bandar Malaysia digalas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.
“Namun, Tan Sri (Mohd) Irwan akan berbincang dengan Arul Kanda mengenai pembangunan masa depan Bandar Malaysia,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]