pahangdaily pahangdaily Author
Title: NGO Yang Kutuk R.Sivarasa Masuk Masjid, "Tidak Faham" Sensitiviti !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Dua badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengutuk tindakan Ahli Parlimen Subang R Sivasara yang dikatakan memasuki dan me...
PETALING JAYA: Dua badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengutuk tindakan Ahli Parlimen Subang R Sivasara yang dikatakan memasuki dan memberi ceramah di sebuah masjid minggu lalu.

Presiden Pertubuhan Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) Mejar (B) Razali Zakaria berkata wakil rakyat PKR itu nampaknya tidak faham sensiviti orang Islam.
“Dia tidak nampak sensitiviti umat Islam. Kalau dia tak faham sensitiviti umat Islam, perkara lain pun akan jadi bercelaru juga,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Rabu lalu, Sivarasa dikatakan memasuki Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang dan didakwa memberikan ceramah ketika berada di dalam dewan solat.
Beberapa gambar kehadiran Sivarasa itu tersebar sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati pihak tertentu.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga dilaporkan marah dengan tindakan ahli parlimen Subang itu.
Semalam, 4 NGO menyerahkan memorandum kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), yang antara kandungannya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Sivasara yang dilihat seakan-akan memperlekehkan agama Islam.
NGO terbabit adalah Kesatuan Melayu Nasional (KMN), Permuafakatan Ayahanda-Ayahanda Semalaysia (Permas), Wakil Penduduk Kota Damansara dan Pertubuhan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor (PAMPS).
Mengulas lanjut, Razali perkara ini tidak boleh dipandang ringan dan perlu diambil tindakan. Beliau juga berkata pengerusi dan jawatankuasa masjid perlu dipersalahkan kerana membolehkan Sivarasa memasuki masjid.
“Memang tak boleh masuk dalam masjid terutama di depan mimbar, itu lagi tak boleh,” kata bekas askar itu.
“Jadi kalau kita dah mulakan macam itu, nanti di negeri lain akan berlaku perkara sama…bukan hanya di Selangor tetapi di Pulau Pinang dan semua negeri.”
Sementara itu, Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) Amir Amsaa Alla Pitchay bersetuju perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

“Kalau nak bagi (ceramah) kat luar tak apa. Masjid ialah tempat orang sembahyang,” katanya.
Pengarah Jais Datuk Haris Kasim dilaporkan berkata tindakan Sivarasa memberikan ucapan di hadapan jemaah turut tidak disenangi Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Sivarasa hari ini dilaporkan berkata beliau hanya menyampaikan ucapan “Salam Ramadan” kepada jemaah masjid di kawasan Parlimennya, dan bukan menyampai ceramah seperti didakwa sesetengah pihak. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top