pahangdaily pahangdaily Author
Title: PAS, Amanah "Persoal" Tindakan SPRM "Enggan Tahan" Ahli Politik Sekarang !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: PAS dan parti serpihannya, Amanah hari ini mempersoalkan keengganan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengamb...
KUALA LUMPUR: PAS dan parti serpihannya, Amanah hari ini mempersoalkan keengganan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan terhadap ahli politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keengganan SPRM itu menunjukkan ia tidak bebas dan membeza-bezakan rakyat biasa dengan ahli politik yang dilihat mempunyai “hak istimewa”.
“Jika polis juga mengambil pendirian sama, apakah ahli politik sekarang boleh dikira kebal untuk melakukan sebarang jenayah sebab institusi penguatkuasaan tidak mahu dituduh sebagai alat politik?
“Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad perlu faham SPRM juga akan dituduh bermain politik dan menjadi alat politik kerana dilihat tidak mampu bertindak adil,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahad lalu, Dzulkifli dilaporkan berkata, SPRM memutuskan tidak bertindak terhadap ahli politik sebelum PRU14 kerana ia mungkin digunakan sebagai bahan kempen, susulan siri tangkapan terhadap penjawat awam kebelakangan ini.
Namun, Dzulkifli mengingatkan setiap parti politik supaya memastikan calon mereka “benar-benar bersih” daripada rasuah dan salah guna kuasa, jika tidak mahu SPRM “datang mengetuk pintu rumah mereka selepas pilihan raya”.
Kenyataan Dzulkifli itu mencetuskan bantahan pelbagai pihak, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara bersama FMT semalam.
“Jadi, ahli politik kalau curi duit tidak mengapa? Cuma orang lain sahaja (dikenakan tindakan) sebab mereka tidak sertai pilihan raya?” soal bekas perdana menteri itu.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim turut mempersoalkan jika pendekatan itu akan terus menjadi dasar SPRM bagi pilihan raya lain.
“Apakah ia bermula 6 atau 12 bulan sebelum PRU atau ikut suka-suka pesuruhjaya atau ia menurut arahan kerajaan yang berkuasa? Bagaimana pula dengan PRU akan datang yang dijadualkan pada 2023? Bila SPRM akan berhenti bertindak terhadap ahli-ahli politik bermula?” soalnya.
Dengan nada lebih positif, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dalam kenyataan berasingan berkata, jika SPRM mengambil tindakan terhadap ahli politik, ia dapat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap suruhanjaya itu.
“Tindakan menyekat rasuah tidak boleh dilengahkan. Kes berprofil tinggi misalnya perlu ditangani dengan lebih proaktif.
“Jika sebaliknya, masyarakat tempatan dan antarabangsa memberikan persepsi buruk kepada kita.” #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Wednesday, May 24, 2017 10:57:00 AM

Senang cerita la bhai.SPRM@SPERM ni tunggu arahan jer dari MANGKUK HAYUN NO 1.Bila rasa dah nk Kalah PRU 14
baru diarah tangkap MP ke ADUN Pembangkang yg menang nk jadi KERAJAAN.PengerusiSPRM@SPERM ni kan HAMBA ABDI YANG SETIA

 
Top