pahangdaily pahangdaily Author
Title: PAS 'Sokong Cadangan' Beri Waris Mangsa Pilihan Ampun Pembunuh
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Cadangan Pemangku Raja Pahang supaya mereka yang disabitkan kesalahan bunuh diberi pilihan untuk mendapatkan kemaafan dar...
PETALING JAYA: Cadangan Pemangku Raja Pahang supaya mereka yang disabitkan kesalahan bunuh diberi pilihan untuk mendapatkan kemaafan daripada waris mangsa di samping membayar gantirugi, menerima sokongan PAS hari ini, yang menyifatkan kaedah itu juga dapat menghapuskan dendam.
“Sehubungan itu PAS berharap Majlis Pengampunan negeri-negeri lain turut melaksanakan kaedah yang sama, demi mengangkat sistem perundangan Islam di negara ini,” kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Semalam, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata kaedah diyat, di mana si waris mangsa bunuh diberi pilihan memaafkan pembunuh dan menerima sejumlah gantirugi, sudah dibincangkan pada mesyuarat lembaga jemaah pengampunan Pahang.
“Sekurang-kurangnya ia adalah alternatif. Sama-sama kita fikirkan adakah ia baik tetapi daripada sudut syariat, ia adalah dibenarkan,” titah Tengku Abdullah pada Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Pahang semalam.
Menurutnya, cara itu memberi peluang kehidupan kepada banduan yang berdepan hukuman mati.
Tuan Ibrahim mengalu-alukan Jemaah Pengampunan Pahang yang bercadang mengguna pakai kaedah diyat itu, dan berkata ia juga membuka peluang kepada penjenayah untuk berubah.
Menurutnya, kaedah itu juga boleh diluarkan kepada penganut agama lain dan tidak tertakluk kepada umat Islam semata-mata.
“PAS menggesa agar para mufti dapat bersatu untuk menyokong dan mengangkat cadangan Tengku Abdullah ini,” katanya.
Prinsip diyat yang merupakan sebahagian daripada syariah pada masa ini diamalkan di beberapa negara Islam dengan cara berbeza, seperti di Arab Saudi, Iran dan Pakistan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top