pahangdaily pahangdaily Author
Title: Peduli 'Tahanan Palestin' Di Israel, Gabungan NGO Islam Akan Lancar Mogok Lapar !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam akan mengadakan mogok lapar selama sehari sebelum Ramadan ini sebagai tanda...

SHAH ALAM: Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam akan mengadakan mogok lapar selama sehari sebelum Ramadan ini sebagai tanda peduli kepada tahanan Palestin di penjara Israel.
Antara NGO itu ialah Sekretariat Palestin Malaysia, Kelab Putera 1Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Aman Palestin, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Persatuan Ulama Malaysia dan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia.
Jurucakapnya, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata ketika ini seramai 1,500 tahanan Palestin sedang mogok lapar sejak 17 April lalu bertujuan menuntut keadaan lebih baik di penjara, termasuk dilarang berjumpa dengan mana-mana pihak sepanjang ditahan.
Beliau turut mengajak penganut agama lain di negara ini ekoran kekejaman dan kezaliman yang tidak boleh diterima oleh mana-mana agama lain.
“Tahanan bukan sahaja diberi makanan tidak halal, malah sebelum ini turut dipaksa makan ketika Ramadan.
“Mengenai mogok lapar ini, pihak kami akan meminta pandangan golongan alim ulama mengenai cara dan kaedahnya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama 23 NGO di sini, hari ini.
Mohd Azmi berkata, gabungan NGO Islam akan mengadakan demonstrasi aman di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara sebelum menyerahkan memorandum bantahan mengenai kekejaman Israel.
“AS didesak menghentikan pencabulan antarabangsa dan hak asasi manusia hanya kerana melindungi kepentingan Israel yang sedang mempraktikkan dasar Apartheid,” katanya.
Pada masa sama, beliau menuntut Kerajaan Malaysia mengambil langkah pro aktif antaranya menyokong hasil Laporan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai kekejaman Israel, mengusulkan mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa menyiasat Israel.
“Kami mengambil maklum kejayaan Kementerian Luar Negeri Malaysia membentangkan resolusi 2334 (2016). Ini menunjukkan komitmen tidak berbelah bagi memperjuangkan hak Palestin.
“Namun, satu kerjasama lebih erat harus diwujudkan di antara masyarakat sivil dan kementerian bagi mengorak langkah kerja yang lebih proaktif dan efektif dalam mencari penyelesaian isu negara Palestin,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top