pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pejabat PM Nafi Melantik Syarikat Lobi "Pentadbiran" Donald Trump !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan laporan yang mengatakan kerajaan Malaysia membayar sebuah syarikat milik beka...
PETALING JAYA: Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan laporan yang mengatakan kerajaan Malaysia membayar sebuah syarikat milik bekas pegawai kempen Presiden Donald Trump untuk melobi kepentingan negara.

“Pejabat Perdana Menteri mahupun kerajaan Malaysia tidak pernah mengarah, melantik atau memberi kontrak dalam sebarang bentuk kepada Godfrey Group Ltd, The 45 Group atau Healy Baumgardner-Nardone,” kata kenyataan oleh setiausaha akhbar Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.
Portal berita AS The Daily Beast melaporkan syarikat The 45 Group milik Healy Baumgardner-Nardone, yang pernah menyertai pasukan kempen Trump, mengisytiharkan menerima AS$250,000 (RM1.07 juta) daripada sebuah syarikat beralamat di Johor Bahru dan juga Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Ia terkandung dalam pengisytiharan wajib di bawah Akta Pendaftaran Ejen Asing, di mana sesiapa yang terlibat melobi penjawat awam AS perlu mendedahkan butiran kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikah (DoJ).
Bayaran itu dibuat pada 9 Mei, 2017, menurut borang rasmi difailkan Nardone.
The Daily Beast turut melaporkan Malaysia kini berdepan 2 isu dalam hubungannya dengan Washington, iaitu mengenai tuduhan Malaysia terlibat amalan perdagangan berat sebelah yang merugikan AS, dan tindakan pihak berkuasa AS berkenaan skandal 1MDB.
Sebelum ini, Ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli dan Wong Chen mempersoalkan keperluan pentadbiran Najib untuk melobi Trump, dan sama ada syarikat itu dimiliki kerajaan.
Carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat itu tidak wujud, sebaliknya terdapat sebuah syarikat yang hampir serupa namanya didaftarkan, dimiliki seorang lelaki Cina berusia 70 tahun. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top