pahangdaily pahangdaily Author
Title: "Pemandu Bas Cedera", Terbabas Selepas Menghantar Pelancong Ke Taman Negara
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang selepas menghantar pelancong ke Taman Negara, Merapoh cedera apabila bas dipandunya...

KUANTAN: Seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang selepas menghantar pelancong ke Taman Negara, Merapoh cedera apabila bas dipandunya terbabas melanggar penghadang jalan dan terjatuh ke tebing di Kilometer 21 Jalan Lipis-Merapoh, berhampiran Lebuhraya CSR Selborne, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa Mohammad Zulfadly Baharon,  23, luka di kepala dan mengalami cedera ringan di paha kiri.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, ketika kejadian mangsa bersendirian dan tiada pemandu kedua atau penumpang dalam bas terbabit.

Menurutnya, semasa kejadian, mangsa dari perjalanan dari Taman Negara Merapoh dan menghala balik ke Seremban selepas menurunkan penumpang di taman berkenaan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa terlelap dan telah terbabas serta melanggar penghadang jalan seterusnya jatuh ke tebing di lokasi kejadian.

“Selepas pelanggaran tersebut mangsa telah tersepit dan mengalami kecederaan ringan serta berjaya dikeluarkan oleh sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis, “ katanya ketika dihubungi di sini.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Azry berkata, siasatan awal mendapati, ketika kejadian keadaan jalan cerah namun mangsa mendakwa mengantuk selain tiada pemandu kedua.

Menurutnya, pada masa sama keadaan cuaca juga baik dan jalan kering.

“Polis mengklasifikasikan kes itu mengikut  Rule 10 Ln 166/59,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top