pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pemuda Pakatan Harapan Kumpul Suara Anak Muda "GANT1" Najib !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Pemuda Pakatan Harapan hari ini menubuhkan Gerakan Anakmuda Tolak Najib (GANT1) bagi menentang salah laku Perdana Menter...

KUALA LUMPUR: Pemuda Pakatan Harapan hari ini menubuhkan Gerakan Anakmuda Tolak Najib (GANT1) bagi menentang salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melibatkan skandal syarikat pelaburan negara, 1MDB.

Sebagai langkah pertama, Sekretariat GANT1, Faiz Fadzil berkata, gerakan itu bersetuju untuk memfailkan saman secara berkumpulan terhadap Najib dan pihak yang terlibat dalam skandal syarikat berkenaan.

Justeru, beliau menggesa anak muda tanpa mengira latar belakang menyertai usaha itu dengan menurunkan nama dalam memorandum yang dikenali sebagai Petisyen Rakyat yang boleh dicapai melalui pautan berikut https://goo.gl/forms/vhi7cIYSXDN5KL5u2

“Tindakan saman kelak akan dibawa dalam bentuk ‘Class Action’ (saman secara berkumpulan) sebagai suara rakyat Malaysia yang mahu mempertahankan hak selaku pembayar cukai dan bagi menegakkan keadilan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

“Kami juga sedar bahawa tindakan undang-undang akan melibatkan kos yang tinggi, justeru kami merayu agar rakyat Malaysia yang budiman untuk menyalurkan bantuan kepada tabung yang akan diumumkan kelak yang transaksinya akan sentiasa didedahkan kepada umum.

“Orang awam juga boleh mengetahui segala perkembangan melalui akaun Facebook ‘GANT1’.”

Katanya yang juga Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), anak muda perlu melihat skandal 1MDB sebagai ancaman yang serius kepada masa depan negara kerana hutang syarikat terbabit akhirnya akan ditanggung oleh rakyat biasa.

“Penyelewengan yang dilakukan oleh Perdana Menteri ini adalah satu bentuk kezaliman terhadap rakyat yang perlu ditentang sebagaimana yang dituntut dalam agama.

“Kami sebagai anak muda dalam negara ini yang mempunyai hak saksama yang dijamin Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan tidak akan mengizinkan negara tercinta ini diperintah secara autokratik oleh kleptokrat,” ujarnya.

Mengulas perkara sama, Adun Pasir Pinji, Howard Lee berkata, gerakan itu berperanan dalam menggembleng anak muda tanpa mengira latar belakang untuk sama-sama menyelesaikan masalah kepimpinan kleptokrasi yang menjerut negara ketika ini.

“Kami, Pemuda Pakatan Harapan menawarkan kepimpinan, membuka semua jalan, melawan kezaliman, mengzahirkan revolusi aman, dengan mengGANTIkan MO1 (Malaysian Official 1),” ujarnya yang juga Pengarah Biro Hal-Ehwal Antarabangsa Sosial Muda DAP (DAPSY). #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top