pahangdaily pahangdaily Author
Title: Penyokong Bukan Islam PAS Mahu Hadi Gantikan Najib Razak Jadi PM !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
ALOR SETAR: Saya penyokong PAS yang bukan beragama Islam mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri bagi menggantikan Dat...
ALOR SETAR: Saya penyokong PAS yang bukan beragama Islam mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri bagi menggantikan Datuk Seri Najib Razak selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), N Balasubramaniam berkata, pemilihan Hadi itu dapat menamatkan dinasti UMNO dan Barisan Nasional (BN) daripada terus menjadi ketua kerajaan.
“Kita ingin melihat presiden PAS menjadi Perdana Menteri pertama dari PAS dan diikuti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana 2 tokoh ini mewarisi perjuangan Nabi Muhammad.
“Semoga tiada lagi Perdana  Menteri selepas ini dari Umno. Kenapa kami mahu PAS? Sebab ingin melihat PAS memerintah Malaysia dengan keadilan untuk semua rakyat Malaysia,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan pada Muktamar PAS ke-63 di Kompleks PAS Kedah, hari ini.
Mengulas lanjut, Balasubramaniam menyeru orang bukan Islam di luar PAS tidak takut kepada parti itu kerana PAS tidak pernah memaksa penganut agama lain memeluk Islam.
“Rakan saya dari bukan Islam tidak perlu takut dengan Islam yang dibawa PAS dan kami dari DHPP sejak sekian lama bersama PAS, kami tidak pernah dipaksa ulama PAS supaya masuk Islam.
“Kami berada dalam PAS ini sebab kami sudah lunak dengan Islam yang dibawa PAS dan sebab itu kami tidak cemas bila PAS bentang RUU 355 kerana dia hanya untuk Islam sahaja,” katanya sambil mengakui DHPP turut menyertai kelas agama Islam dan tidak dipaksa memeluk Islam.
Pada masa sama, beliau berikrar DHPP tidak akan menyertai Amanah dan menghormati bekas pemimpin PAS yang keluar daripada parti Islam itu.
Muktamar PAS yang sedang berlangsung ini merupakan mesyuarat ke-2 parti itu selepas pemilihan 2015 yang menyaksikan beberapa pemimpin veteran tewas dalam pemilihan jawatan kanan.
Mereka kemudiannya menubuhkan Amanah yang kini menganggotai Pakatan Harapan bersama PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top