pahangdaily pahangdaily Author
Title: Perlawanan Akhir Bolasepak Piala FA: Tiket Mula 'Di Jual' Pada Rabu !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Penyokong-Penyokong pasukan Kedah dan Pahang boleh mula membeli tiket akhir Piala FA bermula Rabu ini. Pasukan Pahang d...

PETALING JAYA: Penyokong-Penyokong pasukan Kedah dan Pahang boleh mula membeli tiket akhir Piala FA bermula Rabu ini.

Pasukan Pahang dan Kedah masing-masing menerima 32,000 keping tiket dewasa, manakala bagi kanak-kanak sebanyak 750 keping setiap negeri.

Tiket-tiket akan mula dijual di kaunter stadium di negeri masing-masing bermula Khamis, 18 Mei ini bermula 10 pagi.

Bagi belian tiket secara online, sebanyak 6,000 keping disediakan bersama 500 tiket untuk kanak-kanak, dan mula dijual pada 17 Mei (Rabu) ini bermula 12 tengah hari.

Hanya empat keping sahaja dibenarkan untuk satu transaksi pembelian dan boleh menebus di Stadium Melawati Shah Alam pada 18 dan 19 Mei (12 tengah hari sehingga 6 petang).

Sementara itu, harga bagi sekeping tiket bernilai RM50, manakala harga bagi kanak-kanak RM5.

Perlawanan akhir Piala FA di antara Pahang dan Kedah akan berlangsung pukul 9 malam di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini. #sumber

Info Tiket:
Secara online : Rabu, 17 Mei (bermula 12 tengah hari) di www.tickethotline.com.my

Kaunter: Khamis, 18 Mei (bermula jam 10.00 pagi)

Harga tiket :
Dewasa RM50
Kanak-Kanak RM5

Advertisement

Post a Comment

 
Top