pahangdaily pahangdaily Author
Title: "Perwakilan PKR", Serta Pemimpin Pakatan Mahu Anwar Jadi PM Ke-7 !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: Sebahagian besar pemimpin Pakatan Harapan dan perwakilan PKR hari ini sebulat suara memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ki...

SHAH ALAM: Sebahagian besar pemimpin Pakatan Harapan dan perwakilan PKR hari ini sebulat suara memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara sebagai perdana menteri yang ke-7 dengan mempamerkan sepanduk yang berbunyi “Anwar PM ke-7”.
Barisan kepimpinan Pakatan Harapan yang turut berada di pentas utama Kongres PKR Ke-12 berlangsung turut berbuat demikian.
Bagaimanapun, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak memegang sepanduk itu.
Kejadian yang mengejutkan banyak pihak itu berlaku semasa tayangan video dan kata-kata keramat Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang meringkuk di penjara Sungai Buloh berhubung kesalahan meliwat.
Ketika pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan di pentas utama menunjukkan sepanduk masing-masing, Dr Mahathir kelihatan merakamkan peristiwa itu menggunakan telefon bimbit.
Ini kali pertama Dr Mahathir dan Muhyiddin menghadiri perhimpunan tahunan PKR, parti yang ditubuhkan selepas Anwar dipecat oleh bekas perdana menteri itu.
Anwar, yang pernah disebut-sebut sebagai pengganti Dr Mahathir, bersalam dengan bekas ketuanya pertama kali tahun lalu selepas dipecat pada tahun 1998,
PPBM diterima sebagai anggota ke-4 Pakatan Harapan pada Mac lalu, barisan pembangkang yang dibentuk menggantikan Pakatan Rakyat.
Persoalan siapa akan dipilih sebagai perdana menteri jika Pakatan Harapan berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) masih menjadi polemik.
Sebelum ini ada saranan agar Dr Mahathir atau Muhyiddin diangkat ke jawatan itu.
Mengulas mengenai itu, Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut ditanya mengapa Dr Mahathir dan Muhyiddin tidak mengangkat sepanduk.
“Saya rasa mereka sibuk mengambil gambar dan disebabkan itu tidak memegang sepanduk,” katanya sambil menambah, beliau tidak diberikan sepanduk berkenaan.
Beliau turut ditanya mengenai pendirian parti itu adakah bersetuju Anwar menjadi perdana menteri yang ke-7.
“Takkan tanya saya pulak kena tanya Harapan. Saya timbalan presiden Bersatu (PPBM). Ada 4 parti dalam Pakatan Harapan,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, perkara berkenaan perlu dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan dan buat masa ini ia masih belum dibincangkan.
“Takpalah kita bincangkan ini di (mesyuarat) Pakatan Harapan sebelum kita buat sebarang keputusan. Tapi saya setuju sebaik baiknya calon perdana menteri diumum sebelum pilihan raya,” katanya.#sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top