pahangdaily pahangdaily Author
Title: Polis Siasat Kes Tampar David Teo Selepas Menerima "Dua" Laporan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PUTRAJAYA: Polis membuka kertas siasatan berhubung insiden kekecohan semasa sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perdana Mente...
PUTRAJAYA: Polis membuka kertas siasatan berhubung insiden kekecohan semasa sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perdana Menteri bersama penggiat seni di Seri Perdana, semalam.

Ketua Polis Daedah Putrajaya, ACP Rosly Hassan berkata, setakat ini, 2 laporan polis berhubung kejadian itu diterima dengan 1 daripadanya dibuat orang awam di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur dan 1 lagi laporan dibuat pihak polis sendiri di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
“Pihak polis sendiri membuat laporan polis kerana tiada pihak yang tampil membuat laporan sehingga tengah hari tadi, memandangkan video kejadian itu telah tular di media sosial.
“Pada 1 tengah hari, barulah ada 1 laporan polis dibuat oleh orang awam yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu di Pudu,” katanya pada sidang media hari ini.
Rosly berkata, pihaknya akan menghantar laporan kepada timbalan pendakwa raya esok bagi mendapatkan arahan untuk menyiasat, sebelum memanggil individu terbabit dan saksi kejadian untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.
Rosly berkata, siasatan tetap dibuat walaupun 2 individu terbabit dalam kekecohan itu sudah berdamai dan tidak membuat laporan polis.
Kekecohan kecil berlaku pada sesi Dialog TN50 Perdana Menteri bersama kira-kira 300 penggiat seni di Seri Perdana melibatkan pelawak, Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over dan penerbit filem, Datuk David Teo.
Kedua-dua penggiat seni itu kemudiannya berdamai di depan Datuk Seri Najib Razak.
Rosly dalam pada itu meminta pengguna media sosial berhenti memberikan sebarang komen atau membuat spekulasi berhubung insiden tersebut dan memberi peluang kepada polis untuk membuat siasatan secara telus.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 1 tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top