PRU14: PKR Tak Akan Serah Kerusi Parlimen Kepada Parti Rakan PH !

SHAH ALAM: PKR tidak akan menyerahkan mana-mana kerusi Parlimen yang dimenangi mereka pada pilihan raya umum lepas kepada rakan pembangkang pada PRU-14.
Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegaskan perkara itu diamanahkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai panduan kepada pimpinan parti yang terlibat dalam proses rundingan.
“Anwar berpesan kepada parti, 30 kerusi Parlimen yang PKR sudah menang tidak boleh diserahkan langsung kepada sesiapa.
“Selain itu, kerusi yang PKR hampir menang atau kalah tipis juga tidak boleh diserahkan kepada sesiapa,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan kongres nasional parti itu di sini hari ini.
Saifuddin turut mencadangkan anggota parti yang terpilih bertanding pada PRU akan datang supaya sanggup mengisytiharkan harta masing-masing.
“Saya kalau terpilih menjadi calon, bersedia mengisytiharkan pendapatan saya. Pencen wakil rakyat, pencen ahli Parlimen dan elaun daripada kerajaan Pulau Pinang. Berapa simpanan tunai, berapa kereta saya ada, saya bersedia.
“(Ia) supaya calon-calon yang PKR tawarkan bukan sahaja bersih, tetapi kelihatan bersih. ‘Lebih putih daripada warna putih’. Lebih tinggi moral dan wibawanya, lebih kuat keyakinan dan kepercayaan rakyat untuk beri sokongan kepada kita,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]