pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kes Rasuah Lebih 'RM20 Juta', Dua Pegawai Imigresen Perlis Di Tahan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
ALOR SETAR: Tiga lelaki termasuk 2 pegawai kanan Imigresen Padang Besar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah bagi...
ALOR SETAR: Tiga lelaki termasuk 2 pegawai kanan Imigresen Padang Besar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah bagi kesalahan rasuah membabitkan lebih RM20 juta.

Pengarah SPRM Kedah Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata ketiga-tiga suspek itu ditahan di 2 lokasi di sekitar Alor Setar dan di Perlis kira-kira jam 10 hingga 11 pagi semalam hasil risikan pihaknya.
Mereka yang ditahan adalah seorang pegawai kanan Imigresen Padang Besar yang berusia 37 tahun, seorang pegawai penguat kuasa Imigresen Padang Besar berusia 34 tahun dan seorang kontraktor berusia 48 tahun.
“Kedua-dua pegawai kanan itu ditahan kerana menerima rasuah daripada kontraktor berkenaan bagi meluluskan pas ekspatriat pengambilan pekerja mahir dan profesional. Setakat ini, sebanyak 339 permohonan yang melibatkan 18,626 pas diluluskan.
“Setiap individu membayar kira-kira RM1,500 seorang untuk mendapat kelulusan pas berkenaan,” katanya pada sidang media hari ini.
SPRM Kedah turut merampas barangan dan wang bernilai RM1.9 juta yang merangkumi 5 kenderaan mewah dan sebuah motosikal berkuasa tinggi, jam tangan dan beg tangan wanita berjenama serta deposit tetap hampir RM1 juta. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top