pahangdaily pahangdaily Author
Title: Rasuah RM101: Penganggur Kena Penjara 6 bulan, Denda RM10,000
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SEREMBAN: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 6 bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini, atas kesalahan memberi ...
SEREMBAN: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 6 bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini, atas kesalahan memberi suapan berjumlah RM101 kepada seorang anggota sukarelawan polis, tahun lepas.

Hakim Fathiyah Idris menjatuhkan hukuman tersebut selepas Mohamad Daud Abdullah, 53, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa.
Mengikut fakta kes, Daud didakwa memberikan suapan itu kepada Konstabel Peh Chee Chong sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam bersama seorang wanita.
Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di Jalan S2 G2 Garden Avenue, Seremban 2, pada pukul 11.20 malam, 9 Jun tahun lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000.
Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Karmila Mokhtar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tambahan 6 bulan sekiranya gagal membayar denda selain wang suapan dilucut hak kepada kerajaan Malaysia. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top