pahangdaily pahangdaily Author
Title: Remaja Maut, Di Percayai Terkena Renjatan Power Bank Telefonnya !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik telefon bimbit yang sedang dicaj menggunakan ‘power bank...
PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik telefon bimbit yang sedang dicaj menggunakan ‘power bank’ di bilik tidurnya di Taman Merbok, Bukit Baru, Melaka semalam.

Mangsa, Syamirul Armizie Adenan, 19, ditemui meninggal dunia oleh ibunya Suriah Rahim di atas katil dengan kesan kulit melecet pada bahagian bahu kiri, kira-kira 8.10 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, kejadian hanya disedari oleh ibunya apabila mangsa tidak membuka pintu bilik selepas diketuk berulang kali sebelum dibuka dengan kunci pendua.
“Selepas berjaya dibuka, si mati ditemui dalam keadaan terbaring sambil mengenakan fon telinga yang disambungkan pada telefon bimbitnya dan dalam keadaan bercas pada sebuah power bank.”
Ibu mangsa, seorang jururawat, juga mendapati terdapat kesan melecet di bahagian bahu kiri dan power bank berada berdekatan bahu kiri si mati.
“Dia kemudian cuba menggerakkan remaja itu, namun menyedari anaknya tidak lagi bernyawa,” kata Kamaluddin.
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.  #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top