pahangdaily pahangdaily Author
Title: RUU 355: Hadi Ucap Terima Kasih Kepada "Kerajaan Persekutuan" !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
ALOR SETAR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana memberi laluan...
ALOR SETAR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana memberi laluan kepada parti itu membentangkan rang undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Beliau berkata pembentangan rang undang-undang itu merupakan sejarah buat PAS dan parti itu akan sentiasa mengingati jasa baik kerajaan.
“Kita (PAS) berterima kasih kepada kerajaan yang telah memberikan laluan berharga buat PAS untuk membentangkan usul berkenaan. Kita tidak akan lupakan perkara itu sampai bila-bila.
“Suara hati kita telah berjaya dilontar di Parlimen dan keputusan menangguhkan persidangan Parlimen membolehkan kita memberi penerangan mengenai RUU itu kepada masyarakat,” katanya dalam ucapan penangguhan pada Muktamar PAS ke-63 di Kota Sarang Semut di sini, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, apa yang berlaku di Parlimen semasa pembentangan RUU berkenaan memperlihat kedangkalan sesetengah ahli Parlimen terutama daripada pembangkang.
“Kita perhatikan akhlak murahan termasuk (Anggota Parlimen) bukan Islam yang membantah pembentangan itu dengan menunjukkan aksi terjerit-jerit dan melaungkan kata kurang sopan…ini bukanlah ciri-ciri ahli Parlimen sejati yang dipilih rakyat.
Kerana marahkan PAS untuk memartabatkan Islam, PAS telah dihalang sebegitu rupa,” katanya.
Abdul Hadi turut menegaskan PAS bukannya parti persinggahan bagi pihak tertentu yang mahu memperguna parti Islam itu demi kepentingan diri sendiri.
“Jangan jadikan PAS parti persinggahan hanya untuk sementara dan kemudian berambus pergi bila ‘aircond’ kita rosak,” katanya.
Pada sidang media kemudian, ditanya mengenai parti mana yang menjadikan PAS sebagai parti persinggahan, beliau berkata itu adalah satu kenyataan umum kerana PAS tidak memusuhi mana-mana parti politik. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top