pahangdaily pahangdaily Author
Title: Salahuddin: "Letak Jawatan", PAS Patut Contohi Sikap "Bermaruah" PKR
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: PAS patut mencontohi tindakan PKR mengundurkan lantikan politik PKR dari pentadbiran Kelantan selepas terbatalnya “tahalu...
KUALA LUMPUR: PAS patut mencontohi tindakan PKR mengundurkan lantikan politik PKR dari pentadbiran Kelantan selepas terbatalnya “tahaluf siyasi” antara kedua parti, kata Amanah.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail malam tadi mengarahkan semua lantikan politik PKR melepaskan jawatan mereka berkuatkuasa serta-merta, selepas menerima keputusan PAS membuat ketetapan muktamad membatalkan kerjasama politik antara mereka.
“Orang politik yang berintegriti yang mengamalkan sikap yang dikatakan bermaruah, saya rasa, isyarat itu memberi gambaran jelas apa yang patut dilakukan oleh PAS dalam kerajaan Selangor,” kata Timbalan Presiden Salahuddin Ayub pada sidang media di pejabat parti itu di sini hari ini.


Salahuddin berkata Amanah menghormati keputusan itu, dan percaya ia mengambil kira bagaimana PAS memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR.
Majlis Syura Ulama PAS 11 Mei lalu membuat ketetapan kerjasama politik dengan PKR terbatal, selepas mempertimbangkan usul sebulat suara perwakilan di mesyuarat agung tahunan parti itu awal bulan ini.
Muktamar PAS ke-63 di Kedah tempoh hari turut meluluskan usul untuk meletakkan calon mereka di semua kerusi PKR pada pilihan raya umum akan datang, menjadikannya pertandingan 3 penjuru yang dikatakan akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.
PAS sehingga hari ini masih enggan berundur daripada kerajaan Selangor meskipun disaran berbuat demikian oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution selepas usul diluluskan.
Semalam, Wan Azizah berkata kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor akan diputuskan bersama Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Azmin Ali sekembalinya beliau dari lawatan rasmi ke luar negara.
Sementara itu, Amanah berkata sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum nanti, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diberi kuasa penuh untuk melakukan pendakwaan kes rasuah.
Salahuddin berkata ikrar itu antara reformasi yang dimuatkan dalam menifesto PH menghadapi pilihan raya yang boleh berlaku bila-bila masa mulai sekarang. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top