pahangdaily pahangdaily Author
Title: Hashim: Bantah Jika Tak Puas Hati Dengan SPR, Jangan Hanya Kritik !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PUTRAJAYA : Proses pemindahan pengundi ialah perkara biasa dan sebahagian daripada proses kemas kini yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan ...
PUTRAJAYA: Proses pemindahan pengundi ialah perkara biasa dan sebahagian daripada proses kemas kini yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikut peraturan ditetapkan, kata pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Oleh itu, beliau menasihatkan parti politik yang tidak berpuas hati dengan sistem pemilihan SPR supaya membuat bantahan supaya ia boleh disiasat suruhanjaya berkenaan.
“Kalau parti politik tahu ada pindahan pengundi dan sebagainya, sila buat bantahan, itu adalah proses terbaik dan kita akan siasat. Ini perkara biasa dan SPR mengikut peraturan yang diperuntukkan kepada kita.
“SPR juga ada jabatan di setiap negeri, apabila ada bantahan pegawai SPR akan tengok, kalau ianya munasabah dan ada kebenaran dan kita rasa perlu tolak, maka SPR akan menolak. Dia tidak kira mana-mana parti politik,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR hari ini.
Hashim pada masa sama membidas segelintir parti politik yang hanya pandai membuat kritikan, tetapi tidak mengemukakan bantahan apabila menyedari wujud masalah dalam sistem pemilihan.
Hashim berkata demikian menjawab dakwaan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung kegiatan memindahkan pengundi secara besar-besaran di Kelantan.
Tuan Ibrahim berkata, parti Islam itu akan menghantar kepimpinan tertingginya menemui SPR bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan itu yang dikesan dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun 1 yang dipamerkan baru-baru ini.
“Malangnya, kita dapati berlaku pemindahan pengundi besar-besaran, khususnya di beberapa tempat di Kelantan. Kita akan mengambil tindakan susulan untuk memastikan peraturan SPR dilaksana dengan sempurna.
“Kami juga meminta pihak parti di peringkat 195 kawasan kita untuk memberikan perhatian segera kepada daftar pemilih terbaru ini,” kata pemimpin PAS itu yang menambah parti berkenaan akan membangkitkan isu keputusan SPR tidak lagi mengedarkan RDPT kepada parti politik yang turut dipersoal Pakatan Harapan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top