pahangdaily pahangdaily Author
Title: R.Sivarasa Dakwa Beliau Hanyalah Sampai Ucapan "Salam Ramadan" !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Subang dari PKR, Sivarasa Rasiah berkata beliau hanya menyampaikan ucapan “Salam Ramadan” kepada jemaah seb...
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Subang dari PKR, Sivarasa Rasiah berkata beliau hanya menyampaikan ucapan “Salam Ramadan” kepada jemaah sebuah masjid di kawasan Parlimennya, dan bukan menyampai ceramah seperti didakwa sesetengah pihak.

“Saya hanya buat ucapan ringkas menyampaikan salam Ramadan kepada hadirin dan menegaskan keyakinan saya kepada komitmen kerajaan Selangor terus bimbing institusi surau dan masjid di Selangor,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.
Menurutnya, beliau ke Masjid An-Nur di Kampung Melayu Subang atas kapasitinya sebagai wakil rakyat, menemani Penyelaras DUN Kota Damansara, Radzlan Jalaludin bagi menyampaikan sumbangan berjumlah RM71,000.
“Saya juga hadir sebagai Ahli Parlimen kawasan Subang yang dipilih oleh majoriti pengundi Islam dan bukan Islam,” katanya, sambil menafikan beliau ke situ sebagai wakil Menteri Besar.
Semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Haris Kasim memetik Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Munir Bani sebagai berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan kehadiran Sivarasa di masjid tersebut. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top