pahangdaily pahangdaily Author
Title: Skim Pelaburan Wang Haram, Bank Negara Akan Ambil Tindakan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) tidak teragak-agak menguatkuasakan undang-undang terhadap pelaku dan penganjur skim kewangan h...
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) tidak teragak-agak menguatkuasakan undang-undang terhadap pelaku dan penganjur skim kewangan haram dan berjanji pesalah akan berdepan dengan tindakan undang-undang.
Ia termasuk undang-undang yang ditadbir oleh BNM, Kanun Keseksaan, Akta Skim Kepentingan 2016, Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
“Di bawah undang-undang itu, tindakan boleh diambil terhadap pelabur yang mempromosi dan menyertai skim haram tersebut,” kata BNM dalam kenyataan hari ini.
Bagi tujuan ini, satu tindakan penguatkuasaan bersama terhadap mana-mana penipuan kewangan dan komplot akan dijalankan secara inisiatif antara agensi yang diketuai Jabatan Peguam Negara di bawah Jawatankuasa Penyelarasan Kebangsaan bagi Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
Bank pusat itu juga memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak menyertai skim menjanjikan pulangan, kadar faedah dan keuntungan tinggi yang tidak realistik.
“Orang ramai jangan terpedaya dengan skim ini dengan merujuk Peringatan Pengguna Kewangan BNM yang menyenaraikan syarikat yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh bank pusat.
“Ia juga menyediakan maklumat mengenai ciri-ciri biasa skim kewangan haram,” kata BNM.
Institusi kewangan dan penyedia perkhidmatan perniagaan wang diarah meningkatkan kewaspadaan mereka mengesan akaun yang digunakan pelaku penipuan kewangan.
Mereka juga diminta meningkatkan dasar dan proses usaha wajar pelanggan mereka dalam mengenal pasti urus niaga dan aliran dana mencurigakan antara akaun bank agar dapat mengelakkan institusi kewangan daripada menjadi saluran yang memudahkan skim haram tersebut. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top