Sultan Selangor: PAS Boleh Kekal Di Dalam Exco Sehingga PRU-14 !

PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersetuju mengekalkan 3 exco daripada PAS dalam pentadbiran Selangor sehingga pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Menurutnya, kedudukan exco itu dikekalkan demi kestabilan pentadbiran negeri dan kepentingan rakyat.
“Saya mengambil kira mandat yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan sedia ada untuk terus mentadbir bagi menjamin keharmonian dan pembangunan rakyat Selangor,” menurut kenyataan dikeluarkan istana Selangor.
Sebelum itu, Sultan Selangor mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkenaan kedudukan semasa barisan kepimpinan negeri, selepas PAS memutuskan hubungan dengan PKR.
Tiga exco PAS di Selangor ialah Zaidy Abdul Talib yang memegang portfolio Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang menyandang portfolio Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]