pahangdaily pahangdaily Author
Title: Takiyuddin: PAS Ada Alternatif Jika Putuskan Hubungan Dengan PKR !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: PAS mempunyai perancangan sendiri untuk terus bergerak dalam politik negara jika hubungan politik dengan PKR diputuskan,...
KUALA LUMPUR: PAS mempunyai perancangan sendiri untuk terus bergerak dalam politik negara jika hubungan politik dengan PKR diputuskan, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata, sebagai parti yang berpengalaman, PAS sentiasa mengambil kira pelbagai kemungkinan dan perancangan dalam memutuskan setiap tindakan politik.
“Memang ada perancangan. Parti kita sudah 66 tahun, dan ada pusat kajian sendiri.
“Kita sentiasa ada pelbagai perancangan atau alternatif lain. Setiap langkah politik bukan diputuskan begitu sahaja, tetapi telah dikaji dan diteliti,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS pusat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hubungan dengan PKR dan pandangan penganalisis yang langkah itu lebih merugikan PAS.
Antaranya kajian Invoke Malaysia baru-baru ini yang mengatakan PAS akan kehilangan banyak kerusi jika pertembungan 3 penjuru berlaku dalam pilihan raya akan datang.
Penganalisis Datuk Dr Cheah See Kian yang dipetik The Sun 4 Mei lalu pula menyuarakan sentimen sama, malah berkata PAS sukar untuk memenangi 10 kerusi Parlimen jika memutuskan hubungan dengan PKR.
Mengulas perkara itu, Takiyuddin menyifatkannya sebagai andaian semata-mata.
“Sesiapa pun boleh buat andaian dan analisis, tetapi kita tahu apa yang kita lakukan,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bahru.
Muktamar PAS minggu lalu sebulat suara meluluskan usul memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR.
Namun keputusan tersebut masih belum muktamad, memandangkan ia perlu mendapatkan kelulusan Majlis Syura PAS. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top