pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tun Dr Mahathir Sekali Lagi Gesa Pengundi Pekan Singkirkan Najib
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi merayu pengundi di Pekan menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum ...
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi merayu pengundi di Pekan menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Beliau menggesa pengundi di bandar Pahang itu, di mana Najib sudah berkhidmat sebagai ahli Parlimen selama 9 penggal berturut-turut, untuk “menyelamatkan negara” dengan membantu menyingkirkan perdana menteri itu daripada jawatannya.
Ini bukan kali pertama bekas perdana menteri itu membuat rayuan berkenaan.
Pada Oktober 2015, ketika menghadiri majlis minum petang anjuran sebuah cawangan Umno di Kuala Lumpur, Dr Mahathir yang masih berada dalam Umno meminta pengundi di Pekan memberi keutamaan kepada isu negara dan mengundi dengan bijak, menolak dorongan tunai yang mungkin diberikan Najib kepada mereka untuk mendapatkan undi.
Dalam video tidak bertarikh yang dilihat, Dr Mahathir memberitahu rakyat Pekan mereka mewakili “perjuangan” negara dan bangsa Melayu untuk menjatuhkan Najib yang mengetuai Malaysia sejak Mac 2009.
“Saya berpendapat Pekan ialah salah sebuah kawasan paling penting pada PRU14.
“Penduduk dan pengundi di Pekan berpeluang menyelamatkan negara dengan menyebabkan kekalahan Datuk Seri Najib.
“Apabila tiba masanya, jangan sama sekali sokong Datuk Seri Najib atau mengundi beliau pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Beliau sebaliknya menggesa pengundi menyokong parti menentang Najib yang terbabit dalam usaha menamatkan pemerintahannya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top